awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Tiada keperluan tutup sekolah di Melaka esok

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
16/09/2019
08:11 MYT
Jerebu: Tiada keperluan tutup sekolah di Melaka esok
Semalam, Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 222 manakala kategori tidak sihat masing-masing di Alor Gajah (163) dan Bukit Rambai (194). - Gambar fail/BERNAMA
Tiada sebarang keperluan untuk penutupan semua 315 buah sekolah di seluruh negeri Melaka pada esok memandangkan situasi jerebu di negeri itu direkodkan semakin baik, hari ini.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, berdasarkan Laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU), yang merekodkan bacaan kualiti udara semakin menurun, pihaknya memutuskan tiada keperluan bagi penutupan semua sekolah pada esok, setakat ini.
Berdasarkan rekod, terdapat sebanyak 315 sekolah rendah dan menengah di Melaka melibatkan sebanyak 148,901 murid serta pelajar.
Ujar Abu Bakar, merujuk kepada trend bacaan IPU sejak tengahari tadi bertambah baik, sekolah-sekolah akan beroperasi seperti biasa pada esok.
Bagaimanapun, pegawai pengurusan bencana di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing akan memaklumkan sama ada sekolah di daerah masing-masing ditutup atau diteruskan, mengikut keperluan.
Ujarnya, pihak sekolah boleh merujuk kepada Pegawai Pengurusan Bencana di setiap PPD berhubung keperluan menangguhkan sesi pembelajaran sekiranya situasi kembali memburuk.
Terdahulu, bacaan kualiti udara di laman web Sistem Pengurusan Udara Malaysia (APIMS) hari ini merekodkan paras tidak sihat pagi ini berbanding sangat tidak sihat, semalam.
Bacaan kualiti udara, di stesen Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 123, Alor Gajah (112) dan Bukit Rambai (118) pada jam 2 petang tadi.
Semalam, Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 222 manakala kategori tidak sihat masing-masing di Alor Gajah (163) dan Bukit Rambai (194).
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#Datuk Abu Bakar Sahari
#IPU
#jerebu
#Laporan Indeks Pencemaran Udara
#Malaysia
#pelajar
#pendidikan
#Pengarah Pendidikan Negeri
#sekolah
#sekolah dibuka
#sekolah ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan