awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Tiga kawasan catat IPU tidak sihat tengah hari ini

Bernama
Bernama
19/09/2015
02:06 MYT
Jerebu: Tiga kawasan catat IPU tidak sihat tengah hari ini
Langkawi yang mencatat IPU tidak sihat pagi tadi kini bertambah baik dan menyertai 45 kawasan lain yang mencatatkan IPU sederhana. - Gambar Fail
Tiga kawasan kembali merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 12 tengah hari ini berbanding hanya satu kawasan pagi tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan itu ialah Kemaman di Terengganu (103), Pasir Gudang di Johor dan Balok Baru di Kuantan dengan bacaan masing-masing 102, walaupun ketiga-tiga kawasan mencatat IPU sederhana setakat 9 pagi tadi.
Bagaimanapun, Langkawi yang mencatat IPU tidak sihat pagi tadi kini bertambah baik dan menyertai 45 kawasan lain yang mencatatkan IPU sederhana.
Sementara Limbang, Sarawak merekodkan IPU baik iaitu 50.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Topic Berkaitan
#API
#Balok Baru
#IPU
#Jabatan Alam Sekitar
#Jabatan Meteorologi
#jerebu
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan