Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 7 pagi tadi mendapati tujuh kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Kawasan yang mencatatkan bacaan paling tinggi sehingga pukul 7 pagi tadi adalah Samarahan, Sarawak dengan bacaan 111, manakala, Bandaraya Melaka mencatat IPU tertinggi di Semenanjung dengan bacaan 109.

Tiga lagi kawasan di Semenanjung juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Banting dan Pelabuhan Klang. Selangor dengan bacaan 105, manakala Bukit Rambai, Melaka mencatat bacaan 102.

Dua lagi kawasan yang dikesan IPU tidak sihat adalah Kuching dan Tawau dengan masing-masing mencatat bacaan 104 dan 103.

Sementara itu, 32 kawasan mencatat IPU sederhana dengan Port Dickson, Nilai dan Putrajaya mencatat bacaan 95.