awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak umum insentif RM500 untuk pengamal media

Bernama
Bernama
22/12/2025
22:15 MYT
Perak umum insentif RM500 untuk pengamal media
Saarani bergambar bersama pengamal media ketika hadir pada Malam Media Perak Sejahtera 2030 Tahun 2025 di Galasa Caldwell. - Foto BERNAMA
IPOH: Pengamal media Perak bakal memperoleh insentif sekali beri sebanyak RM500 sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan mereka dalam menyebar luas inisiatif dan dasar-dasar kerajaan negeri kepada rakyat di negeri berkenaan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata media bukanlah entiti yang berada di luar sistem sebaliknya, media sebahagian daripada ekosistem yang membantu memperkukuh pentadbiran agar menjadi lebih matang dan berkesan.
"Banyak inisiatif kerajaan negeri menyentuh denyut nadi kehidupan seharian rakyat. Jika ia tidak disampaikan dengan bahasa yang jelas dan dekat dengan realiti masyarakat, segala usaha yang dicurahkan itu mungkin tidak dapat difahami dan dihayati.
"Pihak wartawan kami perlu hargai tak banyak, setakat mana yang mampu kami bagi sebagai tanda penghargaan," katanya ketika berucap pada Malam Media Perak Sejahtera Tahun 2025 di sini malam tadi.
Beliau berkata pihak media banyak memainkan peranan dalam perjalanan kerajaan negeri menjayakan agenda Perak Sejahtera 2030.
"Saban hari, ada sahaja kisah-kisah kejayaan pelan ini menghiasi dada-dada akhbar atau dipancarkan di saluran televisyen. Semuanya memberi motivasi untuk kita sama-sama mencipta lebih banyak kejayaan.
"Hakikatnya, banyak perkara yang kami lakukan tidak akan sampai ke pengetahuan rakyat tanpa kerja keras para wartawan, jurugambar, editor, penulis portal, penyiar dan seluruh ekosistem media yang bekerja siang malam, kadangkala tanpa cuti dan dalam tekanan masa yang sangat hebat. Malah ada yang terpaksa bergelumang dengan bencana berhari-hari lamanya," katanya.
Pada malam tadi, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkul lapan anugerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insentif
#pengamal media
#Saarani Mohamad
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan