awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
Apple kategorikan MacBook Air cip Intel, iPhone 11 Pro sebagai usang
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Umat Islam Singapura 'dinasihat' tinggalkan solat Jumaat?

Haider Yutim
Haider Yutim
21/06/2013
14:07 MYT
Jerebu: Umat Islam Singapura 'dinasihat' tinggalkan solat Jumaat?
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Jumaat membenarkan umat Islam di negara itu meninggalkan solat Jumaat, gara-gara asap jerebu yang semakin menebal, menurut sebuah laporan dari Channel NewsAsia.
Republik itu telah mengalami kesan jerebu yang teruk berikutan pembakaran hutan di Indonesia.
“Pejabat Mufti berpendapat bahawa kaum lelaki Islam dibenarkan untuk tidak menunaikan solat Jumaat ketika asap jerebu boleh membahayakan kesihatan mereka atau mengancam nyawa mereka,” kata pihak berkuasa agama yang dipetik dari laporan itu.
Menurut kenyataan itu, kaum lelaki boleh melaksanakan kewajiban solat Jumaat mereka di tempat lain selain masjid, di mana mereka wajib melakukan solat Zohor jika meninggalkan solat Jumaat.
Indeks jerebu di Singapura telah mencecah paras kritikal 400 mata pada hari ini iaitu pada 11 pagi tadi, menjadikannya berpotensi mengancam nyawa kepada golongan yang sedang sakit dan juga orang tua.
Topic Berkaitan
#Asap
#jerebu
#masjid
#MUIS
#Singapura
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan