BERLIN:Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Jerman melepasi satu juta orang pada Jumaat berdasarkan berdasarkan data Institut Kawalan Penyakit Robert Koch.

Ia menjadikan negara tersebut sebagai antara belasan negara di dunia yang telah mencapai angka jutaan dalam penularan pandemik COVID-19.

Jerman merekodkan lebih 22,000 kes jangkitan harian, melonjakkan jumlah keseluruhan kes di negara itu melangkaui satu juta mangsa.

Negara itu bagaimanapun telah memperketatkan kawalan pergerakan pada 2 November lalu dengan menutup restoran, bar dan kemudahan sukan.

Pada mulanya ia dijadualkan berlangsung selama empat minggu, namun Canselor Angela Merkel dan 16 gabenor negara bersetuju untuk melanjutkannya sehingga 20 Disember dengan sasaran di bawah 50 kes per 100 ribu penduduk setiap minggu.

Pada masa ini, ia mencapai 140 per 100 ribu penduduk.