awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHEAT, pejabat agama ditutup susulan menteri agama positif COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/10/2020
05:13 MYT
JHEAT, pejabat agama ditutup susulan menteri agama positif COVID-19
JHEAT ditutup hari ini susulan kes positif COVID-19 melibatkan menteri agama. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU:Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu menghentikan operasi hari ini bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi mencegah penularan COVID-19.
Langkah tersebut diambil selepas beberapa pegawainya terlibat dalam program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Pesuruhjaya JHEAT Mat Azmi Arshad ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, pegawai serta kakitangan tersebut telah melakukan ujian saringan dan ketika ini masih menunggu keputusan.
"Justeru, pihak kami mengambil langkah awal dengan menutup seketika premis tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi hari ini.
"Semua urusan pelanggan dan orang ramai di pejabat pada hari ini hendaklah ditangguhkan, manakala pegawai serta kakitangan diarahkan menjalankan tugas dari rumah masing-masing pada hari ini," katanya.
Sementara itu, Mat Azmi berkata, setakat ini, aktiviti keagamaan di masjid dan surau di negeri ini masih berjalan seperti biasa.
Pada Isnin, Zulkifli memaklumkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif COVID-19.
Beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di klinik kesihatan dengan segera.
Topic Berkaitan
#koronavirus
#aktiviti keagamaan
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#COVID-19
#pejabat agama
#tutup
#JHEAT
#Kuala Terengganu
#Mat Azmi Arshad
#ujian saringan
#sanitasi
#kerja dari rumah
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan