awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low masih dalam senarai orang dikehendaki polis Singapura

Bernama
Bernama
10/01/2020
21:10 MYT
Jho Low masih dalam senarai orang dikehendaki polis Singapura
Low Taek Jho atau Jho Low kekal sebagai orang dikehendaki oleh polis Singapura.
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kekal sebagai orang dikehendaki oleh polis Singapura, demikian menurut akhbar 'The Edge Singapore' yang memetik jurucakap polis negara itu.
Menurut laporan itu, pengesahan tersebut dilakukan selepas akhbar The Straits Times menerbitkan wawancara dengan Low Isnin lalu dengan ahli perniagaan itu menegaskan dia hanya merupakan pengantara dalam aliran dana 1Malaysia Development Berhad (IMDB) dan bukan dalang seperti didakwa.
Laporan itu menyebut Singapura telah meletakkan ahli perniagaan Malaysia itu di bawah Notis Merah Polis Antarabangsa (Interpol) pada Oktober 2016 berikutan siasatan aliran dana 1MDB membabitkan bank yang berpangkalan di Singapura.
Selain Low, laporan itu menyebut Notis Merah Interpol juga dikeluarkan terhadap Tan Kim Loong, yang dikatakan sebagai sekutu Low dan namanya digunakan untuk membuka akaun dengan Falcon Bank, sebuah bank swasta yang tidak lagi beroperasi, untuk pengubahan wang haram yang disalurkan daripada 1MDB.
BACA: Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
BACA: Jho Low dakwa dapat tawaran suaka di negara Eropah
"Tuduhan, waran tangkap dan Notis Merah Interpol terhadap Low dan Tan masih berkuat kuasa. Kedua-duanya kekal sebagai orang utama yang dikehendaki dalam siasatan berkaitan 1MDB," seorang jurucakap polis dipetik sebagai berkata oleh akhbar tersebut.
The Edge Singapore melaporkan Notis Merah Interpol terhadap Low didedahkan oleh negara itu pada Julai 2018.
Ia diumumkan selepas akhbar South China Morning Post melaporkan bahawa Low dapat meninggalkan Hong Kong ke Macau susulan tiada permohonan untuk menahannya.
Menurut polis Singapura ketika itu, permohonan untuk menahan Low telah dikemukakan kepada polis Hong Kong tetapi ia dinafikan, demikian menurut akhbar tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Jho Low
#Low Taek Jho
#Notis Merah Interpol
#polis Singapura
#The Edge Singapore
#The Straits Times
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan