awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jika awak buru harimau, maka awak akan diburu semula" - Sultan Johor

Bernama
Bernama
26/10/2019
05:51 MYT
"Jika awak buru harimau, maka awak akan diburu semula" - Sultan Johor
Sultan Ibrahim bertitah, Johor yang kaya dengan flora dan fauna perlu sentiasa dipulihara serta dijaga dengan sebaiknya. - Gambar fail
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta agensi penguatkuasaan lain meningkatkan operasi rondaan di kawasan hutan di Johor bagi membanteras aktiviti pemburu haram.
Melahirkan rasa kebimbangan baginda, Sultan Ibrahim bertitah negeri itu yang kaya dengan flora dan fauna, perlu sentiasa dipulihara serta dijaga dengan sebaiknya.
"Amaran saya kepada pemburu tempatan, warga asing dan juga masyarakat Orang Asli jika mereka memburu harimau atau binatang lain maka awak akan diburu semula.
"Saya mahu Perhilitan tingkatkan operasi dan rondaan bagi membanteras kegiatan atau aktiviti pemburuan haram di hutan-hutan di Johor," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.
Kenyataan baginda itu dimuatnaik oleh RPO menerusi Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Terdahulu, Sultan Ibrahim turut memaklumkan mengenai penemuan empat harimau termasuk dua harimau putih berhampiran Sungai Sayong, di Kota Tinggi, baru-baru ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#buru harimau
#Perhilitan
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan