awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika benar saya terlibat, tidak perlulah BN dakwa dua polis itu di mahkamah - Najib

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/12/2019
13:10 MYT
Jika benar saya terlibat, tidak perlulah BN dakwa dua polis itu di mahkamah -  Najib
Najib Razak merumuskan bahawa proses perbicaraan dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan tidak mensabitkan beliau dalam jenayah itu. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebooknya berkata, jika benar beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tidak perlulah sampai kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mendakwa dua anggota polis berkaitan di Mahkamah Tinggi.
Dua anggota polis yang dimaksudkan Najib itu ialah bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan pegawai polis Sirul Azhar Umar.
Beliau menyangkal dakwaan yang dibuat Cif Inspektor Azilah Hadri yang mendedahkan dirinya membuat arahan secara terus untuk membunuh wanita warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
BACA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri
Dalam catatan terbaharu di Facebook rasminya, beliau berkongsikan keterangan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2015.
Najib merumuskan bahawa proses perbicaraan dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan tidak mensabitkan beliau dalam jenayah itu.
BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
BACA: Kes bunuh Altantuya: Surat akuan bersumpah Azilah cukup untuk polis buka siasatan
“Secara logik, jika saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut RM500,000 dari seorang kenalan saya,
“Kenapa ahli-ahli politik PH semua sihat-sihat belaka masa saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?” katanya lagi dalam kenyataan yang dibuat menerusi laman Facebook peribadinya.
Berikut merupakan reaksi ahli Parlimen Pekan berkenaan susulan penerbitan surat akuan sumpah oleh Azilah yang mendakwa mendapat arahan secara terus daripada Najib Razak untuk membunuh Altantuya, kononnya kerana wanita itu merupakan perisik Rusia dan menyimpan banyak maklumat penting mengenai pertahanan negara.
Pada masa sama, Najib kini dilaporkan telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis bagi membuktikan penglibatannya selepas sering kali dikaitkan dengan tuduhan itu sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
BACA: 'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak
BACA: 'Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan
Topic Berkaitan
#Altantuya Shaariibuu
#Barisan Nasional
#bunuh
#jenayah
#Mahkamah Persekutuan
#Musa Hassan
#Najib Razak
#polis
#politik
#siasatan
#Sirul Azhar Umar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan