awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jika ingkar, jangan harap dapat simpati saya dan Wisma Putra" - Hishammuddin

Farhana Joni
Farhana Joni
22/04/2020
09:45 MYT
"Jika ingkar, jangan harap dapat simpati saya dan Wisma Putra" - Hishammuddin
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada 11,393 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air supaya hormat pada SOP barisan hadapan. - Gambar Astro AWANI.
"Jika ingkar, jangan harap dapat simpati saya dan Wisma Putra."
Demikian amaran Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada 11,393 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.
Tegas beliau, golongan berkenaan perlu ingat mereka berjaya pulang ke Malaysia baru-baru ini atas kesungguhan dan komitmen banyak pihak.
Atas sebab itu, rakyat Malaysia yang baharu pulang dari luar negara perlu disiplin dan patuh pada semua arahan yang ditetapkan dalam pusat kuarantin.
"Mesti hormat dan tertib kepada frontliners (barisan hadapan) negara yang telah bertungkus-lumus memikirkan cara hendak membawa mereka kembali ke tanah air.
"Sekarang dah balik ke tanah air, jangan angkuh dan tidak patuh dengan arahan-arahan serta SOP yang ditetapkan.
"Jangan harap dapat simpati daripada Wisma dan jauh sekali dapat simpati daripada diri saya sendiri," katanya dalam rakaman video yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya pada Rabu.
Sy tahu ramai ckp mengenai rakyat M'sia yg baru pulang dari luar negara. Smlm, @DGHisham kata 95 kes #COVID19 ada kaitan dgn kumpulan ini. Justeru, sy nak ingatkan, tlg patuh arahan K'jaan utk jalani kuarantin wajib 14 hari. Jika ingkar, jgn harap dpt simpati saya & @MalaysiaMFA pic.twitter.com/qKyeO3p5Yn
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 22, 2020
Baru-baru ini, sebahagian petugas barisan hadapan yang mengendalikan kes COVID-19 melahirkan kekecewaan kerana berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam rakyat Malaysia terutama yang pulang dari luar negara.
Malahan, antara petugas kesihatan dicaci dan dimaki serta dilemparkan dengan kata-kata kesat, selain keenggan segelintir individu yang enggan menjalani kuarantin wajib seperti yang diarahkan oleh kerajaan.
Topic Berkaitan
#barisan hadapan
#Golongan kayangan
#hormat
#kuarantin
#Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#patuh
#pulang dari luar negara
#rakyat Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan