KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyambut baik saranan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk siasatan dilakukan ke atas semua individu yang berpangkat ‘Tun’.
Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar siasatan dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri itu sendiri, termasuk anak-anak Dr Mahathir.
Shamsul Iskandar berkata, jika Dr Mahathir benar-benar jujur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memulakan siasatan terhadap kekayaan anak-anaknya terlebih dahulu.
“Tetapi jika jujurlah kata-kata Tun Dr Mahathir sekiranya dia mahu semua Tun disiasat, kita boleh mulakan siasatan ke atas beliau dan anak-anaknya dahulu.
"Umum mengetahui kekayaan anak-anak beliau dan sewajarnya SPRM Malaysia memulakan siasatan dari mana datangnya kekayaan ini jika benar-benar Tun Dr Mahathir mahu siasatan ke atas golongan yang memiliki Tun ini dimulakan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Dr Mahathir terdahulu, yang bersetuju mereka yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat sekiranya tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka memperoleh kekayaan.
Bahkan, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu juga menegaskan, jika gagal membuat penerangan, aset individu itu juga perlu disita.
Menganggap kenyataan Dr Mahathir sebagai sinis, Shamsul Iskandar mendakwa, ia dilakukan kerana bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sedang disiasat SPRM atas dakwaan kes pengubahan wang haram.
“Umum mengetahui mengapa Tun Dr Mahathir membuat kenyataan sebegini, kerana dia sememangnya tidak senang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi.
“Ini kerana keengganan Datuk Seri Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat milik anak-anak Dr Mahathir ketika krisis ekonomi Asia 1997-98, yang mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar dan mencetuskan krisis politik sehingga ke hari ini,” jelasnya.
Selain itu Shamsul Iskandar turut menggesa agar siasatan kembali dibuka terhadap skandal yang terjadi dahulu, antara lain termasuk kerugian Perwaja Steel, projek Hidroelektrik Bakun, Maminco dan lain-lain.
“Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang, maka siasatlah harta-harta orang yang berpangkat Tun, bermula dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya.
“Tun, cakap siang pandang - pandang. Cakap malam, dengar-dengar. Saya yakin Tun berani disiasat,” tambahnya.
Firdaus Azil
Wed Dec 27 2023
Shamsul Iskandar berkata, jika Dr Mahathir benar-benar jujur, SPRM boleh memulakan siasatan terhadap kekayaan anak-anaknya terlebih dahulu. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Langkah Dubai hanya angan-angan Mat Jenin' - Shamsul Iskandar
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk itu berkata, tindakan tersebut tidak mempunyai asas sama sekali kerana sokongan terhadap Anwar masih utuh.
Jika jujur, biar siasatan dimulakan terhadap Tun Mahathir terlebih dahulu - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar berkata, jika Dr Mahathir benar-benar jujur, SPRM boleh memulakan siasatan terhadap kekayaan anak-anaknya terlebih dahulu.
Punca utama kejatuhan PH sebab Dr Mahathir letak jawatan tanpa berbincang - Shamsul Iskandar
Tindakan Dr Mahathir meletakkan kesalahan ke atas Anwar Ibrahim sebagai punca utama kejatuhan PH merupakan 'sangkaan jahat', kata Shamsul Iskandar.
Nasihat Anwar pada Azmin, ambil cuti jika video intim sahih
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali perlu ambil cuti jika video intim yang mengaitkannya sahih.
Video Intim: Keluarga tidak tahu di mana Haziq berada - Shamsul Iskandar
Video Intim: Keluarga Haziq tidak tahu dimana beliau, dia jalankan tugas dengan baik - Shamsul
Isu minyak sawit: Kita anggap ini jihad melawan persepsi negatif - Shamsul Iskandar
Malaysia tegas akan memperjuangkan komoditi itu kerana ia merupakan antara hasil utama negara, serta melibatkan ramai pekerja.
Selepas PH menang, kepimpinan PKR lebih berat tanggungjawabnya - Tian Chua
Ahli-hali PKR perlu memastikan kepimpinan parti era Malaysia Baharu perlu dapat mengatasi segala cabaran.
Ahli Parlimen Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505
Dia didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada 22 Jun.