awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Malaysia di Narathiwat digesa patuhi perintah berkurung
[TERKINI] Muhammad Hafizuddeain pilih bersara awal, jawatan PAT masih kosong
Tabika, Taska Perpaduan terima peruntukan RM55.5 juta tahun 2026 - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari penentuan di Old Trafford: Carrick dahului Solskjaer rebut kerusi interim Man United

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
12/01/2026
03:55 MYT
Hari penentuan di Old Trafford: Carrick dahului Solskjaer rebut kerusi interim Man United
Solskjaer dan Carrick ketika memantau perlawanan Piala Carabao antara Manchester United dan West Ham United di Old Trafford, Manchester, Britain, 22 Sept 2021. - Gambar fail/REUTERS
KEDUA-dua Michael Carrick dan Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif Manchester United, Omar Berrada, serta pengarah bola sepak kelab, Jason Wilcox.
Namun, Carrick dikatakan menampilkan sesi temu duga yang sangat meyakinkan, sekali gus memberikan tanggapan positif kepada kedua-dua pegawai kanan tersebut.
Solskjaer yang pernah mengemudi Manchester United dari 2018 hingga 2021 pada awalnya dilihat sebagai calon utama. Bagaimanapun, Carrick kini dijangka menjadi pilihan kelab ketika United berusaha menghidupkan semula kempen yang mengecewakan setakat ini.
Sepanjang kariernya di Old Trafford, Carrick memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebelum bersara pada 2018. Beliau juga pernah menggalas peranan sebagai pengurus sementara selepas pemergian Solskjaer, sebelum ketibaan Ralf Rangnick.
Pada 2022, Carrick dilantik sebagai pengurus Middlesbrough ketika kelab itu berada dalam zon penyingkiran Liga Kejuaraan. Jurulatih berusia 44 tahun itu yang turut pernah beraksi bersama West Ham United dan Tottenham Hotspur membawa Boro ke play-off pada musim pertamanya, sebelum mara ke separuh akhir Piala Liga pada musim berikutnya.
Namun, beliau dipecat pada musim panas lalu selepas pasukan menamatkan saingan liga di kedudukan ke-10.
Kekalahan mengejut Manchester United di laman sendiri kepada Brighton dalam aksi Piala FA pada Ahad menyaksikan Liga Perdana Inggeris menjadi satu-satunya kejohanan yang tinggal buat kelab itu musim ini. Justeru, kelayakan ke saingan Eropah kini dianggap sasaran wajib bagi menyelamatkan kempen mereka.
Keputusan muktamad berhubung pelantikan pengurus interim ini berkemungkinan dibuat seawal hari ini, ketika Manchester United berusaha segera menstabilkan pasukan selepas perubahan di bangku pengurusan. Jika dilantik, Carrick bekas tonggak tengah dan jurulatih kelab bakal memikul tanggungjawab besar dalam tempoh peralihan yang kritikal.
Topic Berkaitan
#Michael Carrick
#Manchester United
#Ole Gunnar Solskjaer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan