TUMPAT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersedia sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, bagaimanapun ketika ini belum ada sebarang ketetapan berkaitan cadangan untuk melaksanakan semula GST.
"Pelaksanaan GST bergantung kepada kerajaan dan pihak kami sentiasa bersedia. Sekiranya kerajaan kata okey, kita sentiasa bersedia.
"Apapun semuanya bergantung kepada kerajaan termasuklah kadar atau peratus yang bakal ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas Program Khidmat Bakti Bersama 200 Masyarakat Siam di Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Mengulas mengenai kegiatan penyeludupan pada musim banjir khususnya di sempadan Malaysia-Thailand, beliau mengakui ia masih berlaku dan penguatkuasaan sentiasa dipertingkat.
"Namun begitu, JKDM Kelantan telah berjaya membuat kutipan cukai sebanyak RM204.91 juta pada 2022 berbanding RM91.93 pada 2021.
"Ia satu kejayaan yang membanggakan dalam menambah pungutan hasil kepada kerajaan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersedia sekiranya kerajaan berhasrat melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Kastam gagalkan cubaan seludup kokain di KLIA
Dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun.
PM Anwar akui kesungguhan Srettha tangani konflik di selatan Thailand
Malaysia akan berperanan sebagai fasilitator dalam membantu usaha tersebut.
Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka
Usahasama baik ini amat penting bagi menjaga perairan sempadan negara daripada anasir penyeludupan.
Kastam Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama
Mereka membincangkan usaha menambah baik prosedur bagi mengukuhkan peraturan, memerangi pelanggaran dan memudahkan proses perdagangan.
Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1,690,000 batang rokok seludup bernilai RM1,133,990 termasuk cukai dalam serbuan di Jalan Kampung Gunong, di Bachok pada 24 Julai lepas.
Ambil kira cara tembusi pasaran Indonesia - Pakar ekonomi
Dasar pembangunan usahawan tempatan perlu mengambil kira cara kerjasama dalam usaha menembusi pasaran ekonomi rantau Asia terutama Indonesia.
Sindiket kereta mewah: Tujuh ejen Kastam ditahan SPRM
Tujuh individu dipercayai ejen Jabatan Kastam Diraja Malaysia ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan heroin bernilai RM132,375
JKDM pada mulanya menyita kotak bungkusan daripada sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran kurier, di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung.