PUTRAJAYA: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan serta mengamalkan budaya kerja profesional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Na'im berkata langkah itu bagi memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan.
Katanya, adalah menjadi tanggungjawab institusi Mahkamah Syariah untuk menegakkan keadilan demi kemaslahatan masyarakat seperti terkandung dalam al-Quran.
"Melalui keadilan dalam perundangan dan kekeluargaan, ia dapat memperkukuh institusi kekeluargaan yang berpegang teguh kepada nilai agama selain mengelak berlakunya keruntuhan rumahtangga.
"Institusi Mahkamah Syariah juga menjadi rujukan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah kekeluargaan selaras dengan tuntutan agama," katanya.
Semalam, Al-Sultan Abdullah ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mahkamah Syariah Bera, Pahang telah bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini.
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar Mahkamah Syariah mesti bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam membuat keputusan terutamanya dalam menyelesaikan kes kekeluargaan dan jenayah syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata adalah menjadi tanggungjawab institusi Mahkamah Syariah untuk menegakkan keadilan demi kemaslahatan masyarakat seperti terkandung dalam al-Quran. - Foto bernama
AWANI Ringkas: Penduduk risau, tidak benarkan anak keluar bermain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

JKSM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

Isu murtad: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tiada kuasa bicara kes wanita Indonesia
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan dakwaan murtad membabitkan seorang wanita Islam bukan warga Malaysia yang tular baru-baru ini.