awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta

Bernama
Bernama
28/12/2025
07:15 MYT
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long (tengah) menunjukkan pelbagai jenis rokok yang dirampas dipamerkan pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
PASIR MAS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.14 juta batang rokok seludup bernilai hampir RM1 juta di Tanah Merah pada 7 Dis lepas.

Ringkasan AI
  • JKDM Kelantan merampas lebih 1.14 juta batang rokok seludup bernilai hampir RM1 juta di Tanah Merah berdasarkan risikan dan maklumat yang diterima.
  • Nilai keseluruhan rampasan rokok termasuk duti serta cukai berjumlah RM950,070, yang disyaki diseludup menerusi Sungai Golok untuk pasaran tempatan seperti Lembah Klang dan Kelantan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967; kesalahan boleh dikenakan denda 10 hingga 20 kali nilai barang atau antara RM100,000 hingga RM500,000, serta hukuman penjara hingga lima tahun bagi kesalahan pertama. Selain itu, JKDM Kelantan bekerjasama dengan AKPS untuk menangani jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata bertindak atas risikan dan maklumat, pihaknya menyerbu sebuah rumah yang dijadikan stor di Kampung Pasir Panji, Tanah Merah pada 2.10 petang.
"Hasil pemeriksaan lanjut, pihak kami menemukan 1,142,000 batang rokok membabitkan nilai keseluruhan rampasan termasuk duti serta cukai berjumlah RM950,070.
"Rokok yang dirampas ini disyaki diseludup menerusi Sungai Golok untuk pasaran tempatan termasuk di sekitar Lembah Klang dan Kelantan, namun tiada sebarang tangkapan di lakukan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Jamal Abdul Salam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda antara 10 hingga 20 kali nilai barang atau antara RM100,000 hingga RM500,000, serta boleh dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata JKDM Kelantan sentiasa bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam menangani jenayah rentas sempadan membabitkan Malaysia dan Thailand.
"Selain mengawal di pintu masuk utama, kita turut melakukan rondaan air secara berkala mengikut keperluan terutamanya selepas perobohan jeti haram dilakukan," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, polis Kelantan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) telah merobohkan 10 lagi pangkalan haram di Sungai Golok pada awal Disember lepas termasuk pangkalan haram Ibrahim Pencen, Jeram Perdah 2 dan Syed Moer 2.
--BERNAMA


Topic Berkaitan
#Jabatan Kastam Kelantan
#rampasan
#rokok seludup
#Pasir Mas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan