awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM siasat dakwaan pegawai tidur ketika bertugas

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2023
10:31 MYT
JKDM siasat dakwaan pegawai tidur ketika bertugas
Datuk Zazuli Johan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular di laman Twitter AduanRakyat bertarikh 10 Ogos. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjalankan siasatan susulan tular dakwaan terhadap seorang pegawainya tidur semasa bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular di laman Twitter AduanRakyat bertarikh 10 Ogos.
"Ibu Pejabat JKDM melalui Cawangan Integriti ingin menjelaskan bahawa tindakan ke atas perkara ini akan diambil.
"JKDM memandang serius terhadap perkara ini dan ingin menegaskan bahawa sebarang salah laku pegawai dan anggota akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, JKDM berterima kasih terhadap orang awam yang prihatin dalam menyalurkan aduan dan pandangan berhubung perkara ini.
Sebelum itu, tular satu gambar seorang pegawai kastam lelaki yang didakwa sedang tidur ketika menonton aplikasi TikTok menggunakan 'earphone' semasa bertugas. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JKDM
#Tular
#KLIA
#Kastam tidur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan