awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKP arah pemberhentian kerja di tapak kemalangan di Seri Iskandar

Bernama
Bernama
09/09/2025
09:57 MYT
JKKP arah pemberhentian kerja di tapak kemalangan di Seri Iskandar
Setiap insiden melibatkan kematian atau kecederaan kekal di tempat kerja wajib disiasat dengan membuka kertas siasatan. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Kerja-kerja pengorekan tanah dan pemasangan paip di kawasan pengumpulan pasir sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, di Seri Iskandar, Perak dihentikan sementara untuk siasatan berhubung kes pekerja kontrak yang maut Ahad lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia Husdin Che Amat berkata arahan pemberhentian atau penangguhan kerja akan dikeluarkan sekiranya berlaku kes melibatkan kecederaan atau kematian pekerja.
Beliau berkata tempoh penangguhan pula bergantung kepada hasil siasatan serta bukti yang diperoleh.
"Arahan penangguhan kerja bergantung kepada hasil siasatan. Kalau katakan siasatan semua dah dapat bukti dan sebagainya, atau jaminan daripada pihak majikan kerja akan dijalankan dengan selamat baru kita akan keluarkan notis sambung.
"Siasatan juga bergantung kepada sesuatu kes...ada yang tiga bulan, kadang-kadang sampai bertahun. Mungkin ada kes kita perlu hantar bukti sampai ke luar negara, itu makan masa panjang. Kalau kes langsung atau ringkas mungkin cepat," katanya pada program Jerayawara Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) di sini hari ini.
Husdin berkata setiap insiden melibatkan kematian atau kecederaan kekal di tempat kerja wajib disiasat dengan membuka kertas siasatan.
Menurut beliau, sebanyak 1,038 kes pendakwaan dengan jumlah penalti mencecah RM15.8 juta direkodkan bermula 2022 hingga Julai lepas di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) serta Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139).
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 2,469 kompaun bernilai RM6.9 juta pula dikeluarkan bagi tempoh sama, selain 36,458 notis perbaikan dan larangan serta 142,474 surat arahan.
"Mengikut pecahan sektor, aktiviti pengilangan menjadi penyumbang utama kes pendakwaan iaitu 583 kes diikuti sektor pembinaan (272 kes).
"Daripada segi penalti, sektor pengilangan mencatat lebih RM7.7 juta diiikuti pembinaan (RM5.1 juta)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKP
#kemalangan ketika bekerja
#tanah runtuh
#pekerja ditimbus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami