PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan (JKM) telah mengendalikan sebanyak 5,572 kes penderaan dan pengabaian melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak sehingga November 2022.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sentiasa memantau dan mengambil tahu tentang isu keselamatan kanak-kanak dan bekerjasama dengan pihak terlibat seperti pihak polis serta kementerian-kementerian yang berkaitan.
“Kesemua kes itu disantuni oleh anda yang berperanan sebagai Pelindung yang diwartakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
“Saya menyeru kepada semua pegawai JKM serta warga KPWKM supaya sentiasa memantau isu-isu kanak-kanak yang telah berlaku di media sosial.
"Anggaplah mereka ini seperti anak sendiri. Laporkanlah dengan segera. Kerjasamalah bersama Unit Komunikasi Korporat KPWKM,” katanya dalam ucapan pada Sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2023 di kementerian itu di sini pada Rabu.
Beliau juga berharap kakitangan di kementeriannya berupaya untuk menjadi duta untuk JKM, supaya rakyat tahu dan faham dengan tugasan dan tanggungjawab mereka terutama yang bertugas di lapangan.
Dalam pada itu, mengenai beban kerja kementeriannya, Nancy mendedahkan, berdasarkan rujukan kajian mendapati seorang pegawai sosial mengendalikan kes dengan nisbah 1:108 kes bagi kes-kes perlindungan dan pemulihan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, Taska, pusat jagaan dan orang papa.
Angka itu masih jauh dengan syor pengkaji yang mencadangkan nisbah yang ideal adalah 1:15 hingga 20 kes bagi setiap pegawai sosial.
“KPWKM telah berusaha untuk menambah bilangan Pelindung dan Pegawai Akhlak bagi membantu tuan/puan di lapangan dengan melantik secara berfasa 1,120 orang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPPM) Gred S29 secara kontrak dalam tempoh lima (5) tahun bermula pada tahun 2021.
“Kita baru sahaja menerima 120 orang Pelindung yang melapor diri pada 16 Januari 2023 dan mereka telah ditempatkan di seluruh negara,” tambahnya.
Sehingga kini katanya, seramai 185 orang telah dilantik dan diwartakan pada fasa pertama 2021 dengan pelantikan 158 orang PPPM diteruskan pada 2023.
“Harapan kita supaya dengan adanya penambahan pegawai secara kontrak ini secara tidak langsung dapat membantu anda dalam memberi fokus kepada pengurusan kes kanak-kanak yang memerlukan permeliharaan dan perlindungan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan sasar jabatan,” ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 18 2023

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Majlis Perasmian Sesi Townhall Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2023 hari ini. - Foto BERNAMA

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

Rang Undang-Undang Warga Emas ambil kira tindakan terhadap anak tidak bertanggungjawab
Rang Undang-Undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, antara lain mengambil kira tindakan undang-undang terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.

Pemilihan penjaga kanak-kanak dipelihara akan diperketat - Nancy
Satu buku garis panduan baharu diperkenal untuk dijadikan rujukan bagi menilai pihak yang berkelayakan menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.

Mangsa banjir di Johor meningkat, Melaka dan Pahang berkurangan malam ini
Meskipun hanya tinggal tujuh daerah di Johor yang terjejas banjir, namun jumlah mangsa meningkat kepada 42,851 orang setakat 8 malam.

Banjir: 53,028 mangsa masih ditempatkan di PPS petang ini
Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 49,543 orang setakat 2 petang ini berbanding 49,410 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi namun terdapat enam PPS ditutup.

KPWKM belanja RM615,000 sediakan bekalan makanan mangsa banjir - Nancy
KPWKM telah membelanjakan RM615,000 untuk bekalan makanan di beberapa negeri yang terjejas banjir.

Banjir di beberapa negeri bertambah buruk, 38,120 mangsa berada di PPS
Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 38,120 orang setakat malam ini berbanding 36,191 mangsa, petang tadi.

Pahang mula dilanda banjir, 171 mangsa ditempatkan di empat PPS
Dua daerah terjejas dalam banjir kali ini melibatkan Rompin dan Maran.

Banjir: Mangsa meningkat kepada 2,639 di tiga negeri, 28 PPS dibuka
Seramai 2,639 mangsa daripada 737 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara di Sarawak, Sabah dan Johor.

Remaja curi tabung surau diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Seorang remaja lelaki yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti jenazah akibat cuba mencuri tabung masjid, diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Siap siaga bencana alam, komuniti setempat perlu diperkasakan
Kesiapsiagaan bencana alam harus diperkasakan dari peringkat akar umbi termasuk komuniti setempat seperti barisan pengurusan di peringkat ketua kampung dan penghulu.