awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM kesan individu guna kanak-kanak raih simpati orang ramai

Sinar Harian
Sinar Harian
23/12/2022
08:56 MYT
JKM kesan individu guna kanak-kanak raih simpati orang ramai
Dua individu dipercayai suami isteri yang menggunakan anak-anaknya untuk meraih simpati orang ramai di beberapa lokasi negeri ini seperti yang ditularkan di media sosial.- Sinar Harian
MELAKA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka sedang mengesan dua individu yang didakwa menggunakan kanak-kanak untuk meraih sumbangan pengguna jalan raya seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik berkata, tindakan individu terbabit dipercayai menggunakan anak-anak bagi mendapatkan simpati orang ramai menyalahi undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, akta itu jelas menyebut pihak JKM boleh menyelamatkan kanak-kanak sepertimana peruntukan di bawah Seksyen 17(1)(c ) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016.
"Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah Jasin telah melakukan siasatan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) berhampiran Batu Gajah untuk mencari pasangan berkenaan di lokasi yang ditularkan.
"Namun rondaan bermula dari Simpang Empat Merlimau - Sungai Rambai sehingga ke Umbai gagal mengesan pasangan berkenaan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.
Sejak Khamis tular di media sosial foto pasangan suami isteri terbabit yang dipercayai menggunakan anak-anaknya untuk meraih simpati.
Beberapa netizen memberi komen mengakui telah beberapa kali terserempak dan membantu keluarga tersebut yang menaiki kereta Proton Wira dan memberhentikan kenderaan itu di bahu jalan kerana mendakwa kehabisan minyak tetapi tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak kereta. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#video tular
#Akta Kanak-kanak 2001
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan