KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyalurkan sejumlah RM2.4 bilion kepada 533,167 penerima pelbagai jenis bantuan kebajikan di seluruh negara sepanjang 2022.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata trend permohonan bantuan berkenaan bertambah saban tahun dengan peningkatan ketara ketika kemuncak penularan COVID-19, pada 2020 dan 2021.
"Pada 2022 sahaja sebanyak 148,699 permohonan baharu bantuan telah diterima JKM. Jika trend ini berlanjutan, ini boleh memberi tanggungan dan beban tinggi untuk negara di masa hadapan.
"Justeru kita perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan pihak memerlukan mendapat bantuan dan terus dibantu serta pada masa sama tidak menekan implikasi kewangan negara," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu) mengenai sama ada kerajaan berhasrat untuk menaikkan jumlah bantuan JKM selaras kenaikan harga barang dan kos sara hidup serta tindakan kerajaan bagi penerima bantuan ditamatkan bantuan dengan alasan pegawai penilai bahawa ada anak penerima yang bekerja.
Nancy berkata sebahagian daripada kadar bantuan telah pun dinaikkan setakat 2021, antaranya bantuan kanak-kanak, bantuan warga emas, elaun pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) tidak berupaya bekerja, dan bantuan penjagaan OKU atau pesakit kronik terlantar.
Bagaimanapun beliau berkata bantuan kerajaan diberikan adalah bersifat sementara bagi meringankan beban kewangan dialami penerima bantuan dan untuk kelangsungan hidup, bukannya untuk menanggung mereka.
"Bagi mereka yang keadaan kewangan, kehidupan dan pendapatan telah menjadi lebih baik, mereka tidak perlu lagi terima bantuan ini," katanya,
Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) berhubung langkah kerajaan dalam menyelesaikan isu permohonan bantuan JKM yang semakin bertambah, Nancy berkata kerajaan komited membantu penerima bantuan untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Nancy berkata sejak 2016, JKM telah melaksanakan program '2 Years Exit Programme' (2YEP) bagi membantu penerima bantuan kebajikan ke arah hidup berdikari melalui pembelajaran pelbagai kemahiran kehidupan dan memperkasakan pembangunan klien produktif dalam tempoh dua tahun.
"Hasratnya adalah meningkatkan jumlah klien yang berjaya ditamatkan bantuan kerana mampu berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan. Setakat ini seramai 6,500 penerima bantuan telah menyertai program ini dengan kira-kira 1,500 telah berjaya keluar daripada memerlukan bantuan kebajikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Nancy Shukri ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. -Bernama
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
GISB: 140 kanak-kanak belum dituntut, Nancy nasihat ibu bapa jangan takut
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak perlu bimbang untuk bertemu JKM.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.