awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit COVID-19 mangsa banjir di Yan

Bernama
Bernama
19/08/2021
16:08 MYT
JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit COVID-19 mangsa banjir di Yan
Beberapa kawasan di daerah Yan terjejas akibat banjir yang berlaku disebabkan fenomena kepala air dalam kejadian petang Rabu. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif COVID-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.
Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata daripada jumlah itu, tiga orang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani manakala 14 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani.
"Lapan mangsa yang positif kekal di rumah dan berada dalam keadaan stabil manakala empat orang akan tamat tempoh kuarantin esok.
"Empat mangsa pula menolak kemasukan ke PKRC, dan akan mendapatkan rawatan di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Mayat mangsa keempat ditemui di KEDA Sungai Udang
Beberapa kawasan di daerah Yan terjejas akibat banjir yang berlaku disebabkan fenomena kepala air dalam kejadian petang semalam, yang setakat ini mengorbankan empat nyawa sementara dua masih hilang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKN Kedah
#mangsa banjir
#COVID-19
#kes positif
#Dr Othman Warijo
#gunung jerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan