awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKN Kedah sahkan arah pekerja kilang proses ayam dibawa ke PKD

Bernama
Bernama
14/06/2021
14:06 MYT
JKN Kedah sahkan arah pekerja kilang proses ayam dibawa ke PKD
Polis menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja warga asing memakai gelang kuarantin di Sungai Petani pada Ahad. - Gambar fail/ Ihsan polis/ Media sosial
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesahkan telah meminta pihak majikan sebuah kilang pemprosesan ayam di Bedong, Sungai Petani untuk membawa pekerjanya yang positif COVID-19 ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda, semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Mohd Fikri Ujang berkata mereka dibawa ke PKD itu berikutan segala peralatan, ruang dan petugas kesihatan telah berada di situ untuk membuat penilaian ke atas pekerja terbabit.
"Semalam, sebanyak 225 kes positif telah dicatatkan di daerah Kuala Muda dan daripada jumlah itu, 150 kes positif adalah daripada kluster yang melibatkan kilang ayam itu. Jadi, semua kes positif perlu disaring dan dinilai untuk menentukan rawatan seterusnya.
"Kita akan tentukan sama ada mereka perlu dirawat di hospital atau dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), atau dikuarantin di asrama yang disediakan oleh majikan untuk pekerja mereka yang positif," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
BACA: Lori sarat dengan pekerja asing bergelang 'pink' ditahan polis
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan video yang tular dalam media sosial semalam, memaparkan sekumpulan pekerja asing yang dikatakan positif COVID-19 dan memakai gelang merah jambu dibawa menaiki sebuah lori secara terbuka di sekitar bandar Sungai Petani.
Video berdurasi 19 saat itu menyebabkan pengguna media sosial mempersoalkan tindakan pihak PKD yang tidak membuat penilaian terhadap semua pekerja asing itu, di kilang ayam terlibat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Keusahawanan Pertanian dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat negeri Azman Nasrudin berkata kilang itu mendapat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
"Kilang itu dibenarkan beroperasi kerana ia keperluan bagi rantaian makanan. Bagaimanapun, pemilik kilang itu melakukan kesalahan kerana tidak mengasingkan pekerja yang bergejala dan tidak merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan susulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pengeluaran produk ayam tidak akan terjejas sekiranya kilang itu ditutup kerana masih terdapat banyak syarikat memproses ayam yang beroperasi di negeri itu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja asing
#ladang ayam
#naik lori
#Bedong
#Sungai Petani
#COVID-19
#gelang pink
#polis
#JKN
#PKD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan