awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKN Perak rampas steroid anabolik, produk kosmetik bernilai RM2.06 juta

Bernama
Bernama
22/01/2025
10:50 MYT
JKN Perak rampas steroid anabolik, produk kosmetik bernilai RM2.06 juta
JKN Perak merampas satu peranti digital selain 620 item melibatkan steroid anabolik tidak berdaftar serta produk kosmetik tidak bernotifikasi dengan KKM bernilai RM2.06 juta dalam Op Pharma 2.0 dan Op Gudang semalam. - Foto BERNAMA
IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak merampas satu peranti digital selain 620 item melibatkan steroid anabolik tidak berdaftar serta produk kosmetik tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai RM2.06 juta dalam Op Pharma 2.0 dan Op Gudang semalam.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), JKN Perak Norhuda Mohd Tajuddin berkata operasi berkenaan dijalankan terhadap enam premis di sekitar Perak dan dipercayai ia dijadikan sebagai stor simpanan bagi semua produk tidak sah itu.
Beliau berkata sebanyak enam individu yang merupakan pemilik premis telah ditahan sementara oleh JKN Perak untuk siasatan dan kesemua mereka juga telah dibebaskan pada hari sama mereka ditahan.
"Kita telah buka empat kertas siasatan dan sekiranya terdapat bukti (kesalahan), pemilik premis itu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952," katanya ketika membacakan kenyataan akhbar bagi pihak Pengarah JKN Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha pada sidang media berhubung rampasan itu di sini hari ini.
Norhuda berkata tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan itu membuktikan bahawa JKN melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) serius dalam membanteras penjualan produk berkenaan secara tidak sah kepada umum melalui platform dalam talian.
Beliau berkata orang ramai turut diharapkan menjadi mata dan telinga kepada pihak JKN bagi memastikan perkara berkenaan ditangani secara holistik.
"Para pengguna dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau testimonial di laman sesawang serta aplikasi e-dagang dengan tuntutan perubatan yang tidak munasabah," katanya.
Beliau berkata orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran ubat atau notifikasi kosmetik dengan melayari laman sesawang https://www.npra.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerusi talian 03-78835400.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKN Perak
#Op Pharma
#Op Gudang
#rampas steroid anabolik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan