awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNK masih menunggu keputusan rayuan tiga peniaga dikompaun RM50,000

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/05/2021
00:02 MYT
JKNK masih menunggu keputusan rayuan tiga peniaga dikompaun RM50,000
Tiga peniaga dikompaun selepas beroperasi lebih masa pada malam 25 April lepas. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) masih menunggu keputusan rayuan tiga peniaga yang dikompaun RM50,000.
Menurut pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, kes kompaun tinggi membabitkan peniaga burger, colek dan kedai runcit itu merupakan kes pertama di Kelantan yang dikemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan.
"JKNK telah mengemukakan kertas siasatan kepada Putrajaya untuk tindakan lanjut.
"Setakat ini belum terima apa-apa maklumat dan saya percaya ia akan diterima dalam masa terdekat.
"Ini kali pertama kami kemukakan kes kepada Putrajaya untuk mendapat jawapan," katanya.
Beliau mengulas kes peniaga dikenakan kompaun tinggi kerana prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Tiga peniaga dikompaun selepas beroperasi lebih masa pada malam 25 April lepas.
Kompaun itu dikeluarkan berdasarkan Akta 342 Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#rayuan
#peniaga
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan