BUTTERWORTH: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP)hari ini mengesahkan kakitangan Hospital Pulau Pinang yang terjatuh dari bangunan kediamannya pada 17 April lepas, merupakan Pegawai Perubatan Siswazah.
Pengarah JKNPP Dr Ma'arof Sudin dalam satu kenyataan berkata, mendiang telah melaporkan diri di negeri itu, dan ditempatkan di Hospital Pulau Pinang pada 4 April lepas.
Katanya lagi, kes tersebut adalah di bawah Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang telah mengarahkan bedah siasat dijalankan.
BACA: Doktor junior menderita dengan waktu kerja tidak berperikemanusiaan - Norlela Ariffin
“Adalah dimaklumkan bahawa kes ini adalah di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengarahkan bedah siasat dijalankan. Bedah siasat telah dilakukan di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang.
“Laporan lengkap siasatan masih menunggu beberapa keputusan ujian makmal. Laporan akhir akan dikemukakan kepada pihak PDRM untuk membantu siasatan mereka,” katanya lagi.
Menurut laporan The Vibes, doktor berkenaan, yang identitinya dirahsiakan atas permintaan keluarganya, hanya sempat bertugas di hospital itu selama tiga minggu sebelum kematiannya.
Portal itu turut menyebut, insiden itu dipercayai merupakan kematian kedua doktor junior dalam tempoh dua tahun.
Dalam pada itu Dr Ma'arof berkata, laporan akhir akan dikemukakan kepada pihak PDRM untuk membantu siasatan mereka.
“Memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan bagi menghormati keluarga mendiang, JKNPP memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kejadian ini.
“Jabatan ini dan pihak Hospital Pulau Pinang akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak PDRM dalam siasatan selanjutnya,” katanya lagi.
Dr Ma'arof berkata, pihak jabatan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, dan rakan-rakan mendiang.
Firdaus Azil
Wed May 04 2022

Pengarah JKNPP Dr Ma'arof Sudin berkata, mendiang melaporkan diri di negeri itu, dan ditempatkan di Hospital Pulau Pinang pada 4 April lepas. - Google Images

Kompleks Air Panas Gadek dinaik taraf guna konsep spa resort
Naik taraf itu merangkumi 20 bilik hotel, lapan chalet, satu spa keluarga, dua kolam air panas rendaman kaki serta fasiliti lain seperti surau, tandas dan bilik persalinan.

AWANI Ringkas: Petaling Jaya, Manjung, Kluang bandar paling bahagia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Hannah bantu siasatan polis program Jom Ziarah Gereja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.

Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang Murdoch di California.

Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

JKNPP sahkan kematian Pegawai Perubatan Siswazah, tunggu laporan akhir bedah siasat
Pengarah JKNPP Dr Ma'arof Sudin berkata, mendiang melaporkan diri di negeri itu, dan ditempatkan di Hospital Pulau Pinang pada 4 April lepas.

JKNPP jalankan siasatan dalaman kejadian wanita bersalin dalam kereta
Siasatan itu akan dibuat segera bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat.

Ubat didakwa untuk rawat COVID-19 dirampas
Siasatan awal mendapati produk tersebut dipercayai dibawa masuk secara haram dari negara China.

Dua kes JE dikesan di Pulau Pinang
Dua kes JE dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Kes demam denggi di P.Pinang menurun 86.05 peratus
Dari awal Januari hingga 15 Feb, hanya satu kematian akibat denggi dilaporkan berbanding lima kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kes demam denggi di P.Pinang menurun
Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan 85.84 peratus dengan 182 kes direkodkan bagi tempoh awal Januari hingga 8 Feb lepas.

Kaki kiri bayi lelaki menggelembung, bengkak selepas pembedahan
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata JKNPP juga telah mengadakan perjumpaan bersama keluarga bayi lelaki itu untuk memberi penjelasan berhubung keadaannya.

HFMD: Pasar raya, pusat beli-belah P. Pinang diarah lakukan kerja disinfeksi
Arahan dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati troli dan alatan permainan antara punca penularan penyakit itu.

Kes HFMD: Enam prasekolah di Pulau Pinang ditutup
Enam prasekolah tersebut terpaksa ditutup selama 10 hari sejak semalam berikutan beberapa pelajar dijangkiti HFMD.

Kes HFMD meningkat di Pulau Pinang
Sebanyak 1,555 kes HFMD dicatatkan di Pulau Pinang setakat tahun ini berbanding 1,050 kes bagi tempoh sama tahun lalu.