awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR diarahkan segera baik pulih jalan terjejas teruk - Uggah

Bernama
Bernama
30/01/2025
08:43 MYT
JKR diarahkan segera baik pulih jalan terjejas teruk - Uggah
Uggah melihat paparan jumlah mangsa banjir ketika melawat PPS di SJK Chung Hua Batu Kawa hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan supaya segera membaiki jalan yang rosak akibat hujan lebat dan banjir yang melanda beberapa kawasan di Sarawak.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata walaupun skala kerosakan jalan Pan Borneo belum dikenal pasti sepenuhnya, namun kerja baik pulih di kawasan yang kritikal perlu disegerakan
"Seperti di Jalan Mambong, hampir separuh jalan terputus. Kami akan melakukan pemulihan segera, dan begitu juga di seluruh bahagian untuk mengawasi jalan-jalan yang terjejas," katanya selepas mengadakan lawatan ke PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Batu Kawa di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata dalam situasi mencabar, kerajaan Sarawak melalui jawatankuasa pengurusan bencananya sedang giat memindahkan mangsa banjir di Bintulu yang terjejas teruk.
"Dengan koordinasi yang efisien, mangsa banjir dapat dipindah segera ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia, Bomba dari bahagian Miri, Sibu dan Mukah.
"Purata hujan tahunan di Sarawak ialah 5,000mm, tetapi di Bintulu sahaja kini sudah mencecah 400mm dalam tempoh singkat, menyebabkan air naik mendadak," katanya.
Uggah turut menyeru badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan untuk berhubung dengan jawatankuasa itu bagi memastikan bantuan disalurkan secara efisien kepada mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#hujan lebat
#mangsa banjir
#mati lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan