awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR Kuala Langat mohon maaf kepada Khairy susulan kemalangan, netizen komen sinis

Farhana Joni
Farhana Joni
28/12/2020
00:32 MYT
JKR Kuala Langat mohon maaf kepada Khairy susulan kemalangan, netizen komen sinis
JKR Kuala Langat mohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin susulan jalan berlubang di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting Selangor. -Gambar twitter @jkrkualalangat
JABATAN Kerja Raya (JKR) Kuala Langat mohon maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan kemalangan yang menimpa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu pada Ahad.
Jabatan tersebut dalam kenyataan di Twitter memaklumkan akan mengambil tindakan segera susulan kemalangan dipercayai disebabkan jalan berlubang di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.
JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh.
— JkrKualaLangat (@JkrKualaLangat) December 27, 2020
"JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa Yang Berhormat Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan," kata JKR Kuala Langat.
Dalam status yang sama, jabatan tersebut turut mendoakan Ahli Parlimen Rembau itu agar cepat sembuh.
Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving. https://t.co/BjZHuo4cvP pic.twitter.com/WZJJn1q8X0
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 27, 2020
Status tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang turut menyuarakan keadaan jalan raya di situ.
JKR Kuala Langat, minta tolong jenguk2 dan perbaiki jalan2: 1) Jalan Klang-Banting dari arah batu 7 Sijangkang 2) Jalan Bandar Lama ke Pulau Carey 3) Jalan Pusara dari Pulau Carey ke Kampung Sawah Sekian, terima kasih..
— Reza Tayar (@MohdRez11082288) December 27, 2020
This water puddle on main road in Banting, already sent in Aduan to MPKL 2 months ago...Still there today. pic.twitter.com/0guFojHsME
— Boon (@boonhuat_ng) December 27, 2020
Tolong turap semula jalan dari morib-tg sepat sebab mostly ramai yang cycling area sini
— (@ch4ng__) December 27, 2020
Terdapat juga beberapa warga maya yang menyuarakan tidak puas hati terhadap reaksi JKR Kuala Langat itu.
Sekadar bertanya, kalau rakyat biasa yang mengalami kemalangan akibat jalan berlubang (pothole) sehingga ada yang mengalami kemalangan maut, adakah pihak JKR akan terus meminta maaf pada hari yang sama? Sekadar bertanya.
— Amiruddin Zaini (@amiruddinfadzli) December 27, 2020
Kalau rakyat marhaen, ermmmmmm hmmmm, mokalu menteri, nohhhh zupppp supppp. Tp apa pun semoga cpt sembuh dan semoga pihak bertanggungjawab tgk sama laa jalan tu. jgn anak bini sendiri yg kena baru terhegeh.
— ahmOi (@dan_senget) December 27, 2020
Kalau rakyat biasa langgar lubang sampai ada yang meninggal pun, buat bodoh je.. Sampai kena ada surat untuk proses. Hmmmmm sedih plak bila ada double standard mcm ni.
— .: Z a M:. (@muhd_azam7) December 27, 2020
Parut kenangan musim covid-19 ni. Saya tak perlu pemohonan maaf dari @JKRMalaysia . Apa yang saya minta cuma tolong ambil tindakan dan pantau jalanraya rosak yang lain terutamanya laluan motorsikal. Kasihanilah penunggang motorsikal seperti saya. pic.twitter.com/5iMCwybRm6
— (@HamirulSarman) December 27, 2020
Khairy pada Ahad memuat naik hantaran di akaun Instagram peribadinya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya melanggar lubang di atas jalan menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit.
BACA: KJ cedera langgar lubang, jatuh parit ketika berbasikal
Khairy dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital berdekatan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#JKR
#Kuala Langat
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
#jalan berlubang
#basikal
#minta maaf
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan