KUALA LUMPUR: Johan Setia di Selangor terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, iaitu 160 setakat 10 pagi ini.
Kawasan itu merekodkan bacaan IPU melebihi 100 iaitu tahap tidak sihat sejak beberapa hari lepas.
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), 65 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100) manakala Kedah (Langkawi) dan Perlis mencatatkan tahap baik (bawah 50).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA