awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan

Bernama
Bernama
24/12/2024
22:40 MYT
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Johari menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Masjid Safuan Kariah Pekan Jeniang, Gurun, pada Selasa. - Foto BERNAMA
SUNGAI PETANI: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) tahun depan.
Johari berkata selaku Presiden AIPA, beliau telah merancang dan bersedia untuk menguruskan semua acara berkaitan iaitu lima mesyuarat termasuk perhimpunan agung AIPA di Kuala Lumpur pada 1 hingga 6 Sept 2025.
"Mesyuarat lain kita bahagikan ke negeri-negeri termasuk Selangor, Pahang dan insya-Allah di Sarawak, supaya tetamu yang hadir itu dapat kita agihkan ke negeri-negeri.
"Ia bagi memastikan mereka bukan sahaja dapat melihat keindahan dan kehebatan Kuala Lumpur tetapi juga dapat melihat apa yang berlaku di luar Kuala Lumpur," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Masjid Safuan Kariah Pekan Jeniang, Gurun, di sini pada Selasa.
Johari berkata beliau yakin acara yang diadakan nanti mendapat sambutan dalam kalangan negara ASEAN berdasarkan maklum balas yang diterima pihaknya setakat ini.
Selain itu, beliau juga akan mengadakan jelajah ke semua negara ASEAN mulai 13 Jan dan mengadakan pertemuan dengan pihak Parlimen negara terlibat bagi mendapatkan input diperlukan untuk memastikan Malaysia mampu menjadi tuan rumah AIPA terbaik tahun depan.
Johari menerima tugas sebagai Presiden AIPA ke-46 bagi 2025 daripada Laos pada Oktober lepas, dengan kali terakhir penganjuran Malaysia sebagai Presiden AIPA adalah pada 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#mangsa banjir
#mati lemas
#AIPA 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan