awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor catat 1,164 kes demam denggi setakat 25 Jun

Bernama
Bernama
04/07/2022
15:32 MYT
Johor catat 1,164 kes demam denggi setakat 25 Jun
Ling berkata terdapat satu kematian akibat wabak berkenaan sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-26/2022 melibatkan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun di Daerah Muar. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,164 kes demam denggi direkodkan di Johor dari 1 Jan sehingga 25 Jun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.
Ling berkata terdapat satu kematian akibat wabak berkenaan sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-26/2022 melibatkan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun di Daerah Muar.
Beliau berkata jumlah terkumpul lokaliti wabak tersebut di negeri ini sehingga ME ke-26/2022 adalah 119 berbanding 125 dalam tempoh sama tahun lepas iaitu penurunan sebanyak lima peratus.
"Daerah Johor Bahru mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 70 kes diikuti Kulai (lima), Segamat (empat) dan Batu Pahat serta Kota Tinggi masing-masing tiga kes.
Bagi Daerah Mersing dan Pontian mencatatkan dua kes, manakala Muar, Tangkak dan Kluang masing-masing satu kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#Johor
#Ling Tian Soon
#jabatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan