awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor catat pelaburan RM27.4 bilion suku pertama 2025

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
16/04/2025
11:33 MYT
Johor catat pelaburan RM27.4 bilion suku pertama 2025
Johor telah mencatat pelaburan berjumlah RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025. - Facebook HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Johor telah mencatat pelaburan berjumlah RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun 2025, didorong terutamanya oleh pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta pelbagai inisiatif lain dalam menarik pelaburan ke negeri ini.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerusi satu hantaran di Facebook bertitah, pencapaian itu membuktikan kesungguhan semua pihak dalam menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.
Baginda turut menegaskan komitmen untuk memastikan tahap pendidikan di negeri Johor terus dipertingkat selaras dengan aspirasi kemajuan menyeluruh rakyat dan negeri.
"Saya telah tegaskan sejak dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor bahawa pendidikan adalah keutamaan.
"Pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM55 juta bagi memperbaiki sistem pendidikan di Johor,” titah baginda.
Dalam aspek pengurusan bencana, baginda turut menekankan keperluan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek mitigasi banjir yang pada asalnya dijadualkan siap pada 2029.
“Saya telah menitahkan agar projek ini dipercepatkan dan disiapkan selewat-lewatnya pada tahun 2027,” titah baginda lagi.
Tunku Mahkota Ismail bertitah, infrastruktur negeri sentiasa menjadi keutamaan selain usaha meningkatkan taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup rakyat Johor bagi memastikan negeri ini terus maju dan berdaya saing.
Baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan negeri.
“Syabas saya ucapkan kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Kerajaan Negeri Johor, sektor swasta dan semua yang terlibat atas usaha positif dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang selari dengan usaha memartabatkan lagi Negeri Johor dalam pelbagai aspek,” titah baginda.
Topic Berkaitan
#Johor
#pelaburan
#Tunku Ismail
#Zon Ekonomi Khas
#JS-SEZ
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan