awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor disaran buat saringan COVID-19 secara besar-besaran

Sinar Harian
Sinar Harian
16/05/2021
23:14 MYT
Johor disaran buat saringan COVID-19 secara besar-besaran
Kerajaan negeri Johor wajar melaksanakan ujian saringan Covid-19 besar-besaran secara percuma terutama di kawasan melibatkan kluster aktif, kata Liow Cai Tung. -Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor wajar melaksanakan ujian saringan COVID-19 besar-besaran secara percuma terutama di kawasan melibatkan kluster aktif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung berkata, inisiatif itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) iaitu anak syarikat negeri.
"Jika KPJ dapat membantu kerajaan negeri dalam mengadakan saringan COVID-19 dalam skala besar, ini akan dapat menyekat rantaian jangkitan dengan lebih efektif.
"Saringan besar-besaran akan mengesan lebih banyak kes, namun orang ramai tidak perlu panik kerana dengan cara ini baru kerajaan dapat memastikan wabak COVID-19 di Johor terkawal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Cai Tung yang juga Setiausaha Publisiti DAP Johor berkata, KPJ mempunyai tujuh buah hospital di negeri ini menawarkan perkhidmatan kesihatan yang sangat baik.
"Ujian saringan COVID-19 secara percuma boleh dijalankan dengan pembiayaan kerajaan negeri melalui fasiliti dan tenaga kerja KPJ," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Johor disaran buat saringan Covid-19 secara besar-besaran
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri Johor
#ujian saringan
#secara percuma
#kluster aktif
#COVID-19
#Liow Cai Tung
#pandemik
#KPJ Healthcare
#JCorp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan