JOHOR BAHRU: Johor mengharapkan ‘berita positif’ menerusi pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, yang dijangka akan membincangkan mengenai pembukaan semula sempadan yang dijadualkan pada awal bulan hadapan.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, hal ini kerana pembukaan sempadan merupakan agenda berterusan kerajaan negeri, dan pihaknya akan memastikan mereka yang terlibat dalam rentas sempadan itu seperti pekerja, menerima vaksin COVID-19.
“Oleh sebab itu, kita juga akan mempersembahkan kepada kerajaan persekutuan prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan. Ia termasuk pergerakan terhad, walau mereka boleh rentas sempadan, tidak bermakna mereka boleh bergerak di seluruh Singapura.
“Kalau mereka bekerja, maksudnya mereka perlu bergerak dari tempat A dan tempat B, jadi akan ada mekanisme yang boleh dibangunkan untuk kita kawal,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri ‘Kickstart’ Program Mekar: Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja, kolaborasi antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini pada Isnin.
Turut hadir Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas tentang tahap keyakinan kerajaan negeri dalam pembukaan semula sempadan ke republik itu, memandangkan kes Covid-19 dilihat meningkat.
Pada 12 April lepas, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pembukaan sempadan antara dua negara itu dijangka menjadi agenda perbincangan, menerusi pertemuan antara Muhyiddin dan Hsien Loong pada awal bulan depan.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu dadah Hasni berkata, berdasarkan statistik terkini daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), daerah Mersing mencatatkan tertinggi kes dadah melibatkan golongan belia dan remaja di negeri ini.
Katanya, situasi itu membimbangkan dan usaha untuk menangani isu berkenaan harus dilakukan.
“Bagi peringkat nasional, (ikut ratio penduduk) dalam 100,000 penduduk kira-kira 450 orang didapati terlibat penyalahgunaan dadah, tetapi di Mersing merekodkan kira-kira 1,050 orang (bagi 100,000).
“Kita perlu lakukan sesuatu, bukan sahaja dari pandangan pendidikan, tetapi juga faktor lain yang mempengaruhi penyalahgunaan dadah dan penggunaan dalam kalangan generasi muda di Mersing,” katanya.
Sementara itu Ayob Khan berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Mersing adalah golongan nelayan.
“Kebanyakan dadah digunakan adalah syabu dan methamphetamine, untuk nelayan mungkin mereka guna untuk kekuatan kerana lama berada di laut. Kebimbangan kita adalah ia libat remaja, contoh mungkin terpengaruh daripada ibu bapa, jadi anak turut sama ikut,” katanya.
Beliau berkata pihaknya sentiasa melakukan operasi bagi membanteras isu berkenaan, dan dalam masa sama menjelaskan betapa pentingnya Modul Mekar yang dibangunkan bersama-sama UTM, diharapkan dapat membantu memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya penggunaan dadah dan terlibat dalam kes jenayah. - Bernama
Bernama
Mon Apr 19 2021
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, hal ini kerana pembukaan sempadan merupakan agenda berterusan kerajaan negeri. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.