Pemandu treler rempuh tol tidak mengaku pandu bawah pengaruh dadah

Pihak polis membawa Noor Azuan (tengah) ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Isnin. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pemandu treler yang tular dalam insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.
Ringkasan AI
- Noor Azuan Abdul Rahman, pemandu treler dalam insiden Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.
- Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman penjara tujuh hingga 10 tahun dan denda RM30,000 hingga RM50,000 jika disabitkan kesalahan.
- Pihak mahkamah memutuskan Noor Azuan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung sehingga kes selesai, sambil menetapkan tarikh semula prosiding pada 12 Februari tahun depan.
Dia dituduh mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akhilah Rosmi mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kadar itu dikurangkan kerana dia perlu menjaga ibu bapa yang uzur termasuk anak saudaranya yang masih kecil.
“Mohon puan kurangkan jaminan, saya rayu kepada puan,” katanya yang hadir dengan ditemani kakak dan ibu yang menggunakan kerusi roda.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Ameera Mastura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
“Lesen memandu tertuduh digantung sehingga perbicaraan kes ini selesai,” katanya yang menambah sebutan semula untuk serahan dokumen termasuk lantikan peguam pada 12 Februari tahun depan.
Pada Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang penjaga tol bersama enam individu lain berdepan detik cemas apabila sebuah treler merempuh pondok tol dalam insiden di plaza tol terbabit.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima membabitkan rempuhan pondok tol dan dua kereta jenis Perodua Bezza serta Proton Wira.
Katanya, mangsa termasuk penjaga tol berada dalam keadaan baik. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pertuduhan yang dihadapi oleh Noor Azuan Abdul Rahman berhubung insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning? A: Noor Azuan Abdul Rahman dituduh memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di lorong Plaza Tol Kemuning dari Klang ke Kuala Lumpur.
- Q: Apakah hukuman yang mungkin dihadapi oleh Noor Azuan Abdul Rahman sekiranya sabit kesalahan? A: Noor Azuan Abdul Rahman boleh dikenakan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Q: Mengapakah Noor Azuan Abdul Rahman memohon pengurangan kadar ikat jamin yang dicadangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya? A: Noor Azuan Abdul Rahman memohon pengurangan kadar ikat jamin kerana perlu menjaga ibu bapa yang uzur termasuk anak saudaranya yang masih kecil.
- Q: Apakah keputusan Mahkamah Majistret berkenaan jumlah ikat jamin yang perlu dibayar oleh Noor Azuan Abdul Rahman? A: Mahkamah Majistret membenarkan Noor Azuan Abdul Rahman diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya digantung sehingga perbicaraan selesai.
- Q: Siapakah yang terlibat dalam insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning yang dilaporkan pada Khamis lalu? A: Insiden rempuhan Plaza Tol Kemuning melibatkan seorang penjaga tol bersama enam individu lain dan melibatkan treler yang merempuh pondok tol serta dua kereta jenis Perodua Bezza serta Proton Wira.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

