awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera

Bernama
Bernama
05/05/2024
06:52 MYT
Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Jafni bercakap kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan tembok penghalang banjir anak Sungai Pandan di Precinct 10, Taman Setia Indah, hari ini. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata justeru itu kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta menyelesaikan masalah itu di kawasan masing-masing secara berfasa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan menyelesaikan masalah banjir di 15 hotspot mereka dalam tempoh dua tahun. Mereka sediakan peruntukan RM15 juta bagi tahun ini dan tahun depan.
"Begitu juga Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang turut menyasarkan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot mereka dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan tebatan banjir di Presint 10, Taman Setia Indah di sini hari ini.
Beliau turut berharap kesemua 16 PBT di seluruh negeri dapat merancang langkah mengatasi masalah banjir bagi jangka masa panjang di kawasan masing-masing sekali gus memastikan isu itu dapat diatasi sepenuhnya.
"Kita perlu memikirkan untuk tempoh sehingga 10 tahun akan datang kerana masih terdapat banyak kawasan pembangunan yang sedang dirancang," katanya sambil menambah kaedah menyelesaikan masalah yang hanya menumpukan di sesuatu kawasan terjejas sudah tidak relevan pada masa kini.
Berhubung projek tebatan banjir di Presint 10 itu, Mohd Jafni berkata MBJB memperuntukkan RM6.5 juta untuk pembinaan tembok setinggi dua meter dan sepanjang jarak 430 meter itu.
"Lokasi ini merupakan antara hotspot berlaku banjir lebih daripada 10 kali dalam tempoh 10 tahun lepas. Ini merupakan penyelesaian jangka panjang yang dibuat pihak bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir johor
#hotspot banjir
#pbt
#Mohd Jafni Md Shukor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan