ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan kerajaan Persekutuan sebanyak RM168 juta menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membaiki kerosakan jalan dan infrastruktur awam akibat bencana banjir setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata untuk kerosakan biasa, kerajaan negeri telahpun memulakan proses pembaikan, namun tidak mencukupi, justeru, memerlukan peruntukan tambahan susulan banyak kawasan terjejas banjir.
"Itu setakat dua minggu lepas. Sekarang bila banjir sudah surut, kita akan lakukan sekali lagi penilaian terhadap jalan-jalan yang rosak cuma pihak JKR mengambil sedikit masa..
"...sebab masih ada air walaupun di permukaan sudah surut dan kering tetapi masih ada lagi air di bawah tanah yang mengganggu struktur tanah itu sendiri (yang menghalang proses pembaikan diteruskan)," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Antara isu besar yang sedang dihadapi JKR ialah berkaitan tanah dan jambatan runtuh sebab kerja-kerja tidak boleh dilakukan dalam masa tempoh yang segera, tapi memerlukan satu kajian teknikal dan lebih teliti, katanya.
"Kemudian kaedah pembaikannya mungkin mengambil masa tujuh bulan. Itu bergantung kepada kajian teknikal, kedua peruntukan dan pemilihan kontraktor yang bersesuaian
"Sebab bila banyak kejadian berlaku serentak, sumber mungkin tak cukup, jadi insya-Allah kita harap pihak JKR dan kontraktor akan guna sumber dari luar untuk membantu membaiki jalan-jalan di seluruh Johor," kata Mohamad Fazli.
Beliau menambah kawasan tanah runtuh yang dimaksudkan termasuk Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram dan Felda Chempelak, Labis, di Segamat serta pembetung yang pecah di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.
Selain itu, katanya, di peringkat pihak berkuasa tempatan, sebanyak RM12.1 juta diperlukan bagi mengatasi isu tanah runtuh dan cerun runtuh di 36 lokasi yang telah dikenal pasti.
Persidangan DUN Johor bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Untuk kerosakan biasa, kerajaan negeri telahpun memulakan proses pembaikan, namun tidak mencukupi, justeru, memerlukan peruntukan tambahan. - Bernama
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Johor mohon RM168 juta baiki kerosakan jalan, infrastruktur akibat banjir
Untuk kerosakan biasa, kerajaan negeri telahpun memulakan proses pembaikan, namun tidak mencukupi, justeru, memerlukan peruntukan tambahan.
Kurang peruntukan punca jalan di Mersing gagal diselenggara - Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, pihaknya telah membawakan perkara itu ke peringkat kerajaan pusat, bagaimanapun dana untuk baik pulih kawasan itu masih tidak mencukupi.