MALAYSIA
Johor pertama di Asia Pasifik guna 'Pothole Pro JCB', percepat kerja pembaikan jalan

Dua unit jentera bernilai RM1.6 juta setiap satu diperoleh oleh syarikat kontraktor Safwa Global Venture dan mampu mengurangkan masa kerja, tenaga kerja serta tempoh penutupan trafik, dengan potongan jalan lebih kemas dan tahan sehingga 90 peratus.
ISKANDAR PUTERI: Johor muncul menjadi yang pertama di Asia Pasifik menggunakan jentera berteknologi tinggi Pothole Pro JCB bagi mempercepat kerja penampalan jalan raya sekali gus menyokong aspirasi sifar pothole kerajaan negeri.
Ringkasan AI
- Johor menjadi negeri pertama di Asia Pasifik menggunakan jentera berteknologi tinggi Pothole Pro JCB dari United Kingdom bagi mempercepat dan meningkatkan kualiti kerja penampalan jalan raya, menyokong aspirasi sifar pothole kerajaan negeri.
- Dua unit jentera bernilai RM1.6 juta setiap satu diperoleh oleh syarikat kontraktor Safwa Global Venture dan mampu mengurangkan masa kerja, tenaga kerja serta tempoh penutupan trafik, dengan potongan jalan lebih kemas dan tahan sehingga 90 peratus.
- Teknologi ini juga menyokong keperluan infrastruktur berprestasi tinggi bagi pembangunan Zon Ekonomi Istimewa Johor-Singapura (JS-SEZ), menjadikan jalan raya lebih efisien untuk mobiliti ekonomi dan pelaburan.
"Sebagai contoh, untuk lubang bersaiz satu meter persegi jentera ini hanya mengambil masa kira-kira lapan minit untuk memotong dan 20 minit untuk proses penampalan. Ini jauh lebih pantas berbanding kaedah konvensional yang boleh mengambil masa hingga sejam," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Inovasi Terkini Jalan Negeri Johor di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan jentera itu dijangka mengurangkan jumlah tenaga kerja daripada enam orang kepada tiga orang bagi setiap pasukan selain memendekkan tempoh penutupan trafik ketika kerja pembaikan dijalankan.
"Jentera ini juga dapat menghasilkan potongan yang lebih bersih dan kemas dengan kedalaman maksimum 120 milimeter sekali gus meningkatkan ketahanan jalan hingga 90 peratus bagi mengelak kerosakan berulang.
"Sejak tahun lepas kita letakkan sasaran sifar pothole. Sebab itu kita perlukan teknologi baharu untuk menyokong aspirasi ini," katanya.
Beliau berkata teknologi itu juga menyokong keperluan asas bagi merealisasikan pembangunan Zon Ekonomi Istimewa Johor-Singapura (JS-SEZ) yang memerlukan infrastruktur jalan raya berprestasi tinggi bagi menyokong mobiliti ekonomi dan pelaburan.
Turut hadir Pengarah Eksekutif Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd Jamilullail Md Sapie.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami