awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor salur RM500,000 bina Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba

Bernama
Bernama
03/08/2022
21:47 MYT
Johor salur RM500,000 bina Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba
Onn Hafiz melawat Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba di Pasir Gudang dan diberi taklimat mengenai pemindahan kuil tersebut. - Foto Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja pembinaan Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba, Pasir Gudang, di sini.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kuil yang berusia 105 tahun itu pada asalnya terletak di Blue River Estate, Pasir Gudang namun telah dipindah beberapa kali sebelum kekal bertapak di kawasan terkini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut meluluskan permohonan komuniti tempatan bagi mengadakan tapak khairat kematian masyarakat India di Tanjung Langsat.
"Saya berkesempatan melawat Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba di Pasir Gudang dan turut diberi taklimat oleh jawatankuasanya mengenai pemindahan kuil tersebut.
"Oleh itu, kerajaan negeri bersetuju mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi kerja pembinaan kuil ini. Yakinlah bahawa kerajaan negeri akan terus komited dalam memberikan kesejahteraan kepada semua Bangsa Johor untuk kini dan masa akan datang," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datuk Asman Shah Abd Rahman yang turut hadir dalam lawatan ke kuil berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Onn Hafiz Ghazi
#India
#Kuil Shree Maha Mariamman Paripalana Saba
#pemindahan kuil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan