KUALA LUMPUR: Negeri Johor antara negeri paling terkesan akibat COVID-19 dan tidak lagi boleh diuruskan seperti mana sebelum berlakunya pandemik.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika ini merupakan masa untuk rakyat negeri itu memikirkan bagaimana Johor akan diuruskan dalam keadaan luar biasa.
"Kalau nak harapkan kepimpinan dahulu rasanya tak boleh, apa lagi mereka ini kemaruk kuasa, banyak salah guna kuasa, banyak kepincangan dan kes rasuah yang masih belum selesai dibicarakan.
"Saya pun berada di saf di sebelah sana dahulu, saya faham situasinya. Nak urus seperti biasa boleh, tetapi masa sudah berbeza, bukan sahaja di Johor tapi di seluruh negara," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Johor, di Kota Tinggi, pada Jumaat.
Jelasnya, PN bukan gabungan parti biasa, sebaliknya ia membawa prinsip tadbir urus yang baik dan etika akhlak yang tinggi kepada Johor khususnya.
"Johor akan mengepalai gerakan pembaharuan luar biasa, dengan teras dan nilai serta etika akhlak moral tinggi.
"PN bukan satu gabungan biasa tapi luar biasa yang mempunyai azam besar, bukan setakat di Johor tetapi mahu bangunkan Malaysia menjadi negara yang lebih berjaya jika dipilih jadi kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Muhyiddin.
Turut hadir pada majlis itu, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai bersama-sama Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PN merangkap Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Muhyiddin berkata, teras PN akan sentiasa berpaksikan rakyat dan perjuangan menentang segala bentuk rasuah serta salah guna kuasa.
Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang membawa hikmah tersendiri kerana ia merupakan peluang untuk rakyat negeri itu membawa perubahan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.
Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.
Madiha Abdullah
Fri Feb 18 2022
Muhyiddin berkata, PN bukan gabungan parti biasa, sebaliknya ia membawa prinsip tadbir urus yang baik dan etika akhlak moral yang tinggi kepada Johor khususnya. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.