awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tangguh sambutan Maulidur Rasul mulai 1 Disember

Bernama
Bernama
29/11/2020
20:00 MYT
Johor tangguh sambutan Maulidur Rasul mulai 1 Disember
Tosrin Jarvanthi berkata arahan penangguhan itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa mukim di daerah negeri ini. - BERNAMA
JOHOR BAHRU:Kerajaan negeri Johor pada Ahad mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul bermula Selasa ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata arahan penangguhan itu dibuat sebagai langkah pencegahan diambil kerajaan negeri susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa mukim di daerah negeri ini.
Beliau berkata arahan itu selari dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang menitahkan agar semua kadi daerah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan segera serta tegas dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau negeri ini.
"Penangguhan bermula 1 Dis 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak setelah mendapat pandangan dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi kenyataan semalam.
Susulan arahan itu, Tosrin berkata pemakaian Garis Panduan Tatacara Penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Semasa/Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Masjid/Surau Negeri Johor Darul Ta'zim dikeluarkan pada 18 Okt lalu juga ditangguhkan sehingga pengumuman baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#KKM
#COVID-19
#PKPP
#Maulidur Rasul
#tosrin jarvanthi
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan