awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor terima 84,588 pelancong bermalam pada Jun

Bernama
Bernama
10/09/2020
05:25 MYT
Johor terima 84,588 pelancong bermalam pada Jun
Setelah sektor perhotelan dibuka, pelbagai promosi telah dijalankan. - Gambar hiasan/Legoland
Johor menerima 84,588 pelancong bermalam pada Jun tahun ini berbanding hanya 585 orang pada bulan sebelumnya.
Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata peningkatan mendadak yang dipacu oleh pelancong domestik itu menunjukkan ekonomi Johor sudah mulai beransur pulih selepas sektor perniagaan seperti hotel dibuka semula.
"Setelah sektor perhotelan dibuka, pelbagai promosi telah dijalankan. Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM17.34 juta bagi memberi bayaran one-off kepada seramai 935 pemandu pelancong dan insentif galakan pelancongan kepada syarikat agensi pelancongan serta melaksanakan pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan pengecualian duti hiburan.
"Ini semua demi merancakkan sektor ekonomi pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19," kata beliau menjawab soalan Tan Chen Choon (PH-Jementah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, hari ini.
Tan sebelum itu bertanyakan mengenai pencapaian ekonomi Johor menurut kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta perancangan dan usaha yang dijalankan untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Hasni berkata untuk meningkatkan daya tahan rakyat, kerajaan negeri telah melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor Siri 1 dan Siri 2 dengan peruntukkan berjumlah RM174.5 juta.
Johor, katanya, turut mewujudkan majlis ekonominya sendiri yang dinamakan Majlis Ekonomi Ibrahim Johor (IJEC) serta melaksanakan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hasni Mohammad
#hotel
#Johor
#kerajaan negeri
#pelancong
#pelancongan
#perhotelan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan