awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam direman kemuka laporan kesihatan palsu untuk pencen ilat
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tingkat kesiapsiagaan hadapi banjir - MB

Bernama
Bernama
03/12/2025
10:00 MYT
Johor tingkat kesiapsiagaan hadapi banjir - MB
Onn Hafiz berkata penyelarasan telah dibuat bersama agensi keselamatan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil. - Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi banjir dengan meningkatkan pemantauan secara berkala di kawasan rendah dan tebing sungai serta menempatkan aset di lokasi strategik.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penyelarasan telah dibuat bersama agensi keselamatan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku peningkatan paras air atau keadaan laut yang membahayakan.
Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan perkembangan cuaca dengan amaran hujan berterusan serta angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di beberapa kawasan negara termasuk perairan terlibat di negeri itu.
"Berdasarkan laporan terkini, hujan berterusan dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dari 7 hingga 8 Dis manakala angin kencang kategori pertama di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Tioman dan kawasan sekitarnya dengan ketinggian ombak antara 2.5 hingga 3.5 meter," katanya menerusi hantaran Facebook.
Justeru, beliau menasihati rakyat supaya berwaspada dengan keadaan cuaca dan laut, mengelakkan aktiviti rekreasi di kawasan pantai dan perairan serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan.
Orang ramai juga disaran supaya mendapatkan maklumat semasa daripada Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta MetMalaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#siap siaga
#banjir
#pemantauan
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan