awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor tubuh jawatankuasa bincang pembinaan HSA2

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/07/2023
03:30 MYT
Johor tubuh jawatankuasa bincang pembinaan HSA2
Onn Hafiz mengadakan pertemuan dengan Mohamad membincangkan berkenaan cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 di salah satu tanah milik kegunaan Mindef. - Facebook Onn Hafiz Ghazi
KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperhalusi cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) di salah satu tanah milik kegunaan Kementerian Pertahanan (Mindef).
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa itu akan merangka pelan yang tersusun berhubung pembinaan HSA2.
"Syukur Alhamdulillah, terima kasih Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan atas bantuan serta kerjasama yang baik menerusi perbincangan berkenaan cadangan pembinaan HSA2 di salah satu tanah milik kegunaan Mindef.
"Pembinaan HSA2 amat penting, kerana mampu mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di HSA sedia ada," katanya menerusi kenyataan di media sosial beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, hal ehwal keselamatan dan pertahanan negeri Johor amat mustahak, terutamanya isu keselamatan sempadan, dan perkara tersebut telah dibincangkan bersama.
"Semoga usaha sama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ini akan memberi impak positif kepada kualiti hidup Bangsa Johor, seterusnya mampu mengangkat Johor sebagai sebuah negeri yang maju. Insya-Allah," ujarnya.
Terdahulu, Onn Hafiz mewakili kerajaan negeri mengadakan pertemuan dengan Mohamad dan wakil Mindef.
Turut hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.
Topic Berkaitan
#Hospital Sultanah Aminah 2
#Kementerian Pertahanan
#onn hafiz ghazi
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan