ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian rebat 30 peratus ke atas cukai harta melibatkan lima pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat kenaikan cukai pada tahun depan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian rebat tersebut diharapkan dapat meringankan beban pembayar cukai di lima kawasan PBT terlibat.
"Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat yang sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju pada tahun 2024, lima PBT tersebut akan memberikan rebat atau potongan sebanyak 30 peratus daripada nilai penyelarasan cukai baharu.
"Semoga rebat dan diskaun ini dapat meringankan beban pembayar-pembayar cukai tersebut," kata beliau ketika sesi penggulungan persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 807,441 pegangan di lima PBT tersebut, sejumlah 326,720 pegangan atau 40.46 peratus tidak terlibat dengan kenaikan cukai baharu berkenaan.
Onn Hafiz berkata dengan pertambahan hasil ke atas PBT tersebut, maka perkhidmatan terhadap rakyat juga perlu dipertingkatkan demi keselesaan dan kemaslahatan rakyat di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata daripada jumlah keseluruhan pegangan terlibat, hanya sekitar 19,000 pegangan atau 2.4 peratus yang membuat bantahan berhubung penyelarasan cukai baharu.
Bercakap kepada pemberita selepas tamat sesi penggulungan DUN Johor hari ini, beliau berkata pemberian rebat akan menyaksikan kutipan hasil cukai berkurangan sebanyak RM66 juta berbanding anggaran jumlah kutipan berjumlah RM162 juta.
"Buat waktu ini, pemberian rebat itu adalah bagi tahun 2024, walau bagaimanapun kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan untuk dilaksana tahun seterusnya," kata Mohd Jafni.
Lima PBT yang terlibat dalam penyelarasan cukai baharu ialah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) serta Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).
Sesi persidangan DUN Johor ditangguhkan pada sesi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Keempat (Belanjawaan 2024) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undagan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Global: konflik Asia Barat: Perang Israel-Hezbollah
Israel semakin 'menggila' memperluaskan tujuan perangnya menyerang sempadan negara berdaulat yang bersekutu dengan Hamas. Sejauh mana keangkuhan Israel membuka mata dan merubah pandangan dunia terhadap kekejaman peristiwa di Palestin pada 7 Oktober tahun lalu?
AWANI Ringkas: Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Oktober 2024
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
Kalau mahu lindungi gajah, selamatkan kami dulu
Lebih seribu penduduk di tiga kampung di Hulu Terengganu semakin dihimpit ketakutan apabila kampung mereka bagaikan bertukar menjadi perkampungan gajah.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Operasi larangan merokok di premis, Akta 852 berkuatkuasa
Akta 852 atau Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan kini giat melakukam pemantauan dari premis ke premis sejak Akta 852 mula dikuatkuasakan.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sendiri turun padang menyertai operasi di Puncak Alam, Selangor.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan kini giat melakukam pemantauan dari premis ke premis sejak Akta 852 mula dikuatkuasakan.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sendiri turun padang menyertai operasi di Puncak Alam, Selangor.
Wartawan Malaysia nyaris terkandas, protes tutup jalan
Kumpulan wartawan Malaysia termasuk Astro AWANI yang berada di Islamabad bagi membuat liputan Lawatan Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan, hampir terkandas malam Sabtu.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar atlet masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Peruntukan hampir RM1 juta tahun ini untuk atasi banjir di Kluang
Peruntukan itu antara lain untuk kerja naik taraf benteng sungai, memulihkan saliran dan pemuliharaan tebing.
Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad
Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).
Pencemaran bau di Johor: 'Saya belum terima laporan terkini' - Nik Nazmi
Kerajaan tidak berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebabkan pencemaran bau di Johor jika benar wujud penjenayah alam sekitar dalam kes itu.
#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti
Program #BerbudiBersama anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam jelajahnya di lokasi ketiga di Johor menampilkan kelainan tersendiri.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Johor cadang SFZ Forest City dilaksana bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan inisiatif Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.