PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum mengambil tindakan kepada penjawat awam yang belum mengambil vaksin.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bagaimanapun berkata, penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih lagi merupakan angka tertinggi yang belum menerima vaksin.
“Tidak ada tindakan daripada JPA (kepada yang belum mengambil vaksin) setakat ini, cuma terpulang kepada ketua jabatan (mengenai tindakan selanjutnya),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Program #KeluargaMalaysiaSiagaBencana Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di sini, pada Isnin.
Pegawai kerajaan sebelum ini dilaporkan boleh diarahkan oleh ketua jabatan untuk mendapatkan dos imunisasi COVID-19 lengkap dengan cara mengemukakan sijil vaksinasi pada atau selepas 1 November ini.
Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021, beliau menjelaskan, mana-mana pegawai yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.
Mohd Khairul Adib menambah, pihaknya turut meminta agar ketua jabatan di semua peringkat untuk membuat susulan terhadap penjawat awam yang masih belum menerima vaksin terbabit.
“Nombor (penjawat awam masih belum divaksin) itu kita ada dan alasan-alasan itu kita akan berikan kepada ketua jabatan untuk mereka lakukan susulan.
“Kita bukannya nak menghukum tapi perkhidmatan kita tak boleh terhenti.
“Kita minta ketua jabatan untuk melihat dan memahami dan cuba tangani. Kalau boleh terima alasannya. Terima,” jelasnya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: JPA belum ambil tindakan penjawat awam enggan vaksin
Sinar Harian
Mon Nov 08 2021
Mohd Khairul Adib berkata, penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih lagi merupakan angka tertinggi yang belum menerima vaksin.- Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Isu penjawat awam enggan divaksin, tidak harus jejaskan fokus kerajaan bangunkan negara - KPPA
Hanya segelintir daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan perkara ini tidak harus menjejaskan fokus kerajaan dalam usaha pembangunan negara.
JPA belum ambil tindakan penjawat awam enggan vaksin
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum mengambil tindakan kepada penjawat awam yang belum mengambil vaksin.