PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diarahkan untuk melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai di jawatan-jawatan sensitif yang cenderung kepada isu berkaitan salah laku rasuah.
Dalam kenyataan hari ini yang dikeluarkan ekoran pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan sindiket kartel tender kerajaan, Mohd Zaki menyatakan kekesalannya terdapat segelintir penjawat awam yang membenarkan diri mereka diperguna oleh pihak berkepentingan untuk habuan lumayan.
"Saya memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam isu ini ataupun sebarang salah laku yang menjejaskan imej perkhidmatan awam sekiranya dibuktikan bersalah," katanya.
Mohd Zuki berkata pendedahan SPRM berkenaan sindiket kartel tender kerajaan yang bernilai RM3.8 bilion amat membimbangkan.
BACA: Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita
BACA: Sindiket kartel projek: SPRM tahan pegawai kanan agensi kerajaan
Menurutnya, kes tersebut mula dikesan sejak 2014, dan hasil pemerhatian serta risikan berterusan pihak SPRM telah berjaya membawa kepada penahanan beberapa individu yang menjadi suspek utama siasatan.
Dilaporkan, SPRM menumpaskan sindiket kartel projek yang memonopoli 345 tender kementerian dan agensi kerajaan yang bernilai RM3.8 bilion, dengan penahanan tujuh individu termasuk ketua sindiket pada Ahad.
Ketua sindiket yang berumur 47 tahun dikatakan mengawal lebih 150 syarikat yang berfungsi untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi yang terlibat.
Menurut laporan, modus operandi kartel ialah membayar rasuah kepada 'orang dalam' untuk mendapat maklumat berhubung spesifikasi, harga siling, harga jabatan, jumlah penyertaan, kelayakan syarikat dan masa yang sesuai untuk menghantar borang tender dan sebut harga.
Mohd Zuki berkata beliau menyokong penuh usaha untuk membanteras apa jua bentuk salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam sistem penyampaian kerajaan terutama isu berkaitan rasuah yang dikendalikan oleh SPRM.
"Saya telah berulang kali memberi peringatan kepada semua ketua jabatan supaya menerap dan memegang utuh konsep integriti dalam pengurusan organisasi dengan memperkukuh program kesedaran dan pencegahan selaras dengan pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021
Mohd Zuki berkata pendedahan SPRM berkenaan sindiket kartel tender kerajaan yang bernilai RM3.8 bilion amat membimbangkan. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Enam cedera serangan Dron Russia di wilayah Kharkiv, Dnipro
Russia melancarkan serangan dron ke atas wilayah Kharkiv dan Dnipro di Ukraine, sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang cedera dan kerosakan infrastruktur kritikal pada bangunan komersial dan kediaman, kata pegawai wilayah.
Lebih 80 migran diselamatkan di luar pantai Libya
87 migran termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan pihak berkuasa Itali di laut Mediterranean, di luar pantai Libya.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Kendall rasai sendiri ujian jet pejuang F-16 menggunakan AI
Sebuah jet pejuang F-16 bagi tujuan ujian yang membawa Setiausaha Tentera Udara Frank Kendall mencipta sejarah apabila dikawal sepenuhnya teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Polis Kanada dakwa tiga individu
Polis Kanada menahan dan mendakwa tiga lelaki India pada Jumaat atas pembunuhan Ketua Pemisah Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lalu.
Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Penjawat awam diharap laksana pembaharuan digarap Kerajaan Madani - KSN
Mohd Zuki berkata pembinaan negara bangsa amat bergantung kepada produktiviti dan prestasi para pekerja yang merupakan jentera utama pembangunan negara.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
Tahap produktiviti pekerja di Malaysia meningkat - KSN
Tahap produktiviti setiap pekerja di Malaysia meningkat kepada RM96,692 tahun lepas, berbanding RM95,858 pada 2022.
Kampung Banggol Cempedak diiktiraf Kampung Angkat MADANI pertama Terengganu
Kampung Banggol Cempedak di Serada mencipta memori tersendiri apabila terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI pertama di Terengganu.
Tiada keperluan wujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata tiada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali Tribunal Penjawat Awam.
Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN
Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Kajian SSPA kini di peringkat akhir - KSN
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kini berada diperingkat akhir sebelum ianya dibawa ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,