awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPA digesa kaji semula skim gaji tenaga pakar sektor kesihatan

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
16/09/2017
09:35 MYT
JPA digesa kaji semula skim gaji tenaga pakar sektor kesihatan
Ahmad Zahid berucap pada Perasmian Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti 'Transformation With 1Smile Together' peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk hari ini. --fotoBERNAMA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta mengkaji semula skim gaji tenaga pakar sektor kesihatan bagi mengelak golongan profesional itu berhijrah ke negara lain.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu penting bagi mengelakkan kekurangan tenaga mahir dalam negara ekoran pendapatan lumayan yang ditawarkan di luar negara berbanding negara ini.
Ujar beliau, kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk latihan dan pendidikan lanjutan bagi golongan berkenaan.
Justeru, negara bakal mengalami kerugian besar jika fenomena itu tidak ditangani segera.
“Saya fikir sudah tiba masanya untuk pihak JPA melihat skema dan struktur gaji ahli profesional untuk mengelak daripada berlakunya masalah kehilangan tenaga kerja kita ke negara luar Malaysia.
“Isu brain drain, walaupun kita tahu ia melibatkan pelbagai sektor dalam perkhidmatan awam, tapi dalam bidang kepakaran, kita tidak mampu kehilangan pakar ini ke luar negara di mana negara berkenaan pula tidak melabur daripada segi latihan dan mewujudkan latihan lanjutan dalam bidang tertentu,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan 2017 di Bagan Datuk pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#gaji
#golongan profesional
#kesihatan
#kolej komuniti
#pendidikan lanjutan
#penghijrahan
#tenaga mahir
#tenaga pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan