Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan model baharu penajaan bermula tahun ini.
JPA dalam satu kenyataan, berkata model ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian tinggi serta menumpu kepada pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.
Ia adalah model penajaan yang dirangka berdasarkan empat teras utama iaitu; merit dan inklusiviti, fokus kepada golongan B40, M40 dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan negara sebagai hab pendidikan dan pulangan pelaburan.
Kata JPA, ia akan dilaksanakan menerusi enam program iaitu Program Penajaan Nasional yang melibatkan tajaan kepada 20 pelajar terbaik SPM 2015, Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman, Program Ijazah Dalam Negara, Program Dermasiswa B40, Program Lepasan Bursary dan Progam Bursary.
Mengulas golongan yang mendakwa layak menerima tajaan tetapi tidak dipilih, JPA menjelaskan setiap program penajaan yang disediakan ada kriteria yang jelas berdasarkan kategori yang ditetapkan.
"Kita ada kriteria yang jelas misalnya program kejuruteraan, selepas pendaftaran atas talian, kita akan memilih ikut tiga kategori iaitu; populasi kaum, Sabah dan Sarawak dan golongan kurang bernasib baik.
"Kemudian mereka yang dipilih akan perlu melalui program baru iaitu, ujian personaliti, 'Cambridge Personality Test' yang mana ini adalah tapisan dari segi sahsiah diri dan juga kemahiran berfikir,"
"Selepas itu, baru mereka akan ditemuduga dan daripada situ kami akan pilih yang terbaik," kata seorang Pegawai Kanan JPA pada satu sesi taklimat media model baharu penajaan JPA 2016 di Putrajaya pada Selasa.
Program Ujian Personaliti ini adalah program baru dilaksanakan, mencontohi amalan terbaik dari Syarikat Khazanah dan Petronas, di mana menerusi instrumen ini pelajar dapat ditapis yang berminat dalam bidang yang dipilih.
Sementara itu, JPA akan teruskan penajaan kepada 744 pelajar Program Lepasan Bursary 2013/2014 untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi tempatan.
"Dari segi polisi, ia boleh berubah kerana ekonomi berubah. Ketika ekonomi sedang baik, JPA hantar ramai tetapi apabila ekonomi menurun, kita perlu berubah.
"Mereka (pelajar) adalah pelajar cemerlang, salah satu cara untuk jadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau adalah untuk mereka belajar di dalam negara," katanya.
Melalui model baharu ini, JPA mahu bilangan tajaan pelajar di dalam negara meningkat dalam tahun-tahun akan datang berbanding jumlah pelajar di luar negara.
"Tahun ini jumlah pelajar yang ditaja dalam negara ada 41,324, dan pelajar di luar negara sebanyak 7,736.
"Jika penajaan pelajar dalam negara lebih ramai, secara langsung kita boleh membantu golongan berpendapatan rendah B40 ini," katanya.
Menerusi model baharu penajaan JPA, 7,000 pelajar yang mengikuti institusi pengajian awam dan swasta dalam kategori syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Universiti Tenaga Nasional UNITEN, Multimedia University (MMU) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan ditaja.
Sementara itu, Program Bursary yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan oleh JPA secara one off pada 2016 sahaja, dan tidak diteruskan lagi mulai 2017.
Kesemua program penajaan 2016 ini akan dilaksanakan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah, kecuali bagi Program Dermasiswa B40.
Mengenai program Dermasiswa B40, dari segi pemilihan, JPA akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan E-Kasih yang akan menentukan pelajar-pelajar yang dapat penajaan di peringkat sekolah.
"Dari segi pendapatan, secara purata, gaji isi rumah perlu RM3,690 dan ke bawah.
"Tetapi ia bergantung kepada negeri, jika di Putrajaya gaji isi rumah perlu RM6,540.
"Pemilihan akan dibuat berdasarkan permohonan dan ada yang juga akan dipilih melalui E-Kasih dan KPM," katanya.
Tahun ini, jumlah pelajar yang ditaja ke luar negara melalui Program Penajaan Nasional dikurangkan dari 50 pada tahun lepas kepada 20. Manakala Program Kejuruteraan juga dikurangkan dari 300 pada 2015 kepada 200 pada 2016.