KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang Pegawai Kanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Rabu.
JPA memandang serius perkara itu dan menegaskan segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) itu adalah tidak berasas.
Ia berniat jahat untuk menjatuhkan imej KPPA sebagai pegawai tinggi kerajaan, kata JPA dalam satu kenyataan awal hari ini.
"Untuk makluman, KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya James Lee (pegawai imigresen) akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.
"Malahan mereka diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan.
"JPA berpandangan ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi udang-undang.
"Malah, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib," kata JPA.
Mengulas lanjut, jabatan itu menegaskan, teguran yang dibuat bukan di khalayak ramai dan KPPA menasihatkan dengan berhemah supaya pegawai tersebut mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu sedemikian.
"Beliau juga mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan prosedur operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan imigresen.
"JPA amat kesal dengan kenyataan-kenyataan palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Justeru, JPA ingin mengesyorkan supaya perkara ini disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan," tambahnya.
Pada Rabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin, mengesahkan kejadian yang tular membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dengan seorang pegawai imigresen di KLIA.
Bagaimanapun, Hamzah mengakui tidak tahu punca sebenar, namun sudah memberi arahan kepada Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dalaman susulan kejadian itu.
Beliau juga sudah memanggil Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian itu.
Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menyatakan terkilan dengan tindakan pegawai tertinggi kerajaan berkenaan yang didakwa menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen terbabit.
Presiden KPISM Khairil Niza Khairudin berkata, kejadian itu berlaku antara jam 8.40 dan 9.40 pagi di Balai Berlepas KLIA dan ia dikatakan bermula apabila tiada pegawai imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA.
Afiezy Azaman
Wed Aug 03 2022

JPA berpandangan ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi udang-undang.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Lelaki ancam, maki polis ditahan
Tindakan seorang lelaki mengancam dan memaki hamun anggota polis mengundang padah apabila ditahan di rumahnya di Taman Senai Jaya, Senai, Kulai.

Imigresen beri kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Siasatan berhubung insiden di KLIA
Jawatankuasa Siasatan yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun akan menyiasat dakwaan insiden di KLIA.

JPA nafi Ketua Pengarah keluar kata-kata kesat terhadap pegawai imigresen
JPA memandang serius perkara itu dan menegaskan segala pertuduhan terhadap Ketua Pengarahnya adalah tidak berasas.

Pembantu kedai ditahan keluarkan kata-kata kesat kepada polis
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku semasa anggota polis sedang melaksanakan tugas di bawah Op Pematuhan di Bandar Pasir Puteh di sini.

Polis buka kertas siasatan lelaki warga Kanada keluar kata kesat, tunjuk isyarat lucah
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki warga Kanada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan.

Berang anak bergaduh, wanita mengandung maki jiran didenda RM100
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua hari jika gagal membayar denda tersebut.

Penolong pengurus syarikat ditahan maki polis
Suspek ditahan anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal IPD Petaling Jaya, kira-kira jam 10.40 pagi.

Kata-kata kesat: Cuepacs terkilan tindakan ADUN Kota Kemuning terhadap kakitangan JPS
Cuepacs mendesak Ganabatirau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor membuat permohonan maaf secara terbuka.

Polis tahan dua lelaki didakwa hina MB Kedah
Kedua-duanya yang berusia 52 dan 45 tahun ditahan di rumah mereka di Kepala Batas dan Mergong Perdana, Alor Setar, petang Isnin.

Polis tahan dua lelaki keluar kata kesat, ugut rempuh SJR
Lelaki berusia 44 tahun yang menunggang sebuah motosikal ini kemudiannya mengeluarkan kata-kata kesat termasuk berkata 'arahan bodoh semua ini'.